apakah perbezaan antara merasa dengan merasa-rasa? Nampaknya maksud dua perkataan ini sama sahaja. | Menurut Kamus Pelajar, merasa diberikan makna mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah, contoh ayat: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat. Manakala merasa-rasa pula diberikan makna meraba-raba (menjamah) untuk mengetahui kasar halusnya atau berat ringannya sesuatu benda. | Tatabahasa | 18.03.2014 |
Perbezaan kata rasa, berasa dan merasa. Contoh ayat 1)Sarah berasa sangat gembira kerana memenangi pertandingan itu. 2)Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut. 3)Zetti rasa tercabar kerana selama ini dia merasakan dirinya paling terkenal di sekolah itu. | Rasa ialah apa-apa yang dikecap oleh lidah, apa-apa yang dialami oleh bahagian tubuh dan apa yang dirasakan di hati. Berasa bermaksud mempunyai rasa dalam hati, mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah dan berada dalam keadaan hairan, insaf dan sebagainya dalam hati. Merasa bermaksud mengecap untuk mengetahui (rasa makanan dan minuman) dengan lidah, mengalami (rasa sakit atau panas) pada tubuh dan meraba atau menjamah sesuatu dengan tangan atau kaki. Ayat 1 dan 3 betul. Ayat 2 diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1826-1827. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul? | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i) | Tatabahasa | 06.12.2007 |
Wanita itu merasa/berasa/rasa terhina. | Wanita itu rasa terhina. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
Tuan, tolong jelaskan perbezaan antara merasa dan berasa?keadaan bilakah diperlukan untuk menyebut perkataan merasa dan bilakah pula keadaan untuk menyebut perkataan berasa?Saya keliru dengan perkataan ini dan tidak dapat membezakan situasi penggunaannya. | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. | Tatabahasa | 10.01.2012 |
betulkan pemahaman saya mengenai istilah berasa dan merasa berasa ialah sesuatu perasaan terhadap benda atau perkara (sesuatu yang dirasai daripada tubuh badan) merasa pula ialah sesuatu perbuatan dengan menggunakan anggota badan | Berasa dan merasa terbit daripada kata rasa. Kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Dengan merujuk kamus, pengguna akan dapat memahami makna sesuatu perkataan dan dapat menggunakan sesuatu perkataan dengan betul. Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP:1826): Makna berasa yang pertama ialah mempunyai rasa dalam hati seperti takut, sedih dan gembira. Contoh ayat: Salina berasa kasihan melihat kucing itu dan mengusap-usap kepalanya. Makna berasa yang kedua ialah mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah seperti manis, pedas dan sedap. Contoh ayat: Kopi ini berasa pahit kerana sedikit sangat gulanya. Makna berasa yang ketiga ialah berada dalam keadaan hairan, sedih, insaf dan sebagainya dalam hati. Contoh ayat: Dia berasa hairan melihat kelakuan majikannya yang tiba-tiba sahaja marah-marah tidak tentu pasal. Makna merasa yang pertama ialah mengecap untuk mengetahui (rasa makanan, minuman dan sebagainya) dengan lidah. Contoh ayat: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat. Makna merasa yang kedua ialah mengalami (rasa panas, sakit dan lain-lain) pada tubuh. Contoh ayat: Seluruh tubuhnya merasa gatal-gatal krn dilekati miang rumput ketika terjatuh di tepi longkang. Makna merasa yang ketiga ialah meraba atau menjamah (sesuatu) dengan tangan atau kaki. Contoh ayat: Dia memegang tanganku dan merasa denyut nadi. Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan betul. | Makna | 05.05.2025 |
Ayat yang manakah gramatis? Dia berasa berat atau dia merasa berat? | Salam sejahtera, Tuan, Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Berdasarkan ayat yang diberikan, ayat yang gramatis: Dia berasa berat. Sekian, terima kasih.
| Istilah | 13.06.2017 |
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" | Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. | Makna | 03.12.2007 |
1. Apakah penggunaan yang tepat, 'multi-budaya' atau 'multibudaya?' 2. Sebenarnya adakah perbezaan antara merasa, terasa dan berasa? Saya melihat ramai yang menggunakan ketiga-tiga istilah tanpa penggunaan yang tepat. | 1. Multibudaya. 2. Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Terasa pula, dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba. | Tatabahasa | 03.06.2014 |
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga pergantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat: Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 03.02.2011 |