Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya. | Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
Tuan, minta teliti ayat ini. 1. Saya berasa / merasai / merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak kita fahami semasa guru sedang mengajar. Dalam ayat (1), kata kerja yang harus digunakan ialah "berasa", "merasai" atau "merasakan"? | Kata kerja yang harus digunakan dalam contoh ayat saudara ialah "Saya merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak difahami semasa guru sedang mengajar." | Tatabahasa | 30.12.2014 |
Salam sejahtera, Dimaklumkan bahawa saya merasai kecekapan bahagian anda telah turun dalam menyemak permohonan iklan berbanding dengan masa dahulu. Dahulunya, penyemakan hanya mengambil masa 1 hari, manakala kini telah melebihi 1 hari malah 1 minggu pun pernah jadi. Saya berharap pihak anda dapat mengatasi kelemahan ini. Selain daripada itu, saya berharap kakitangan anda dapat membezakan apanya nama syarikat yang telah diluluskan oleh SSM, janganlah menolak atas nama syarikat tersebut sebab itu adalah nama syarikat dan bukan sesuatu ayat. Sekian, terima kasih. | Kami ambil perhatian aduan dan saranan tuan. Untuk makluman tuan, pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 30.07.2015 |
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks | bangunansesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; wisma- 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
menara- bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang
kompleks- (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
| Makna | 30.09.2009 |