Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Jangan membuang sampah di merata tempat. (b) Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. (c) Jangan membuang sampah di merata-rata. (d) Jangan membuang sampah merata-rata. (e) Saya melihat merata tempat. (f) Saya melihat merata-rata tempat.

Ayat yang betul ialah (a), (b), (e) dan (f). Manakala ayat yang tidak betul pula (c) dan (d) kerana kedua-dua ayat tersebut tidak lengkap. 1">

Tatabahasa06.09.2021
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
Salam. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini diterima? Terima kasih. 1. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. 2. Jangan buang sampah merata-rata tempat.Frasa yang betul ialah "Jangan buang sampah di merata-rata tempat".Tatabahasa05.09.2014
Apakah definisi Diaspora?Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain.Makna05.11.2009
Penggunaan "Adalah" diletakkan di depan ayat sebagai subjek. Contohnya : 1) "Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru" 2)"Adalah menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibunya" 3) "Adalah menjadi suatu kesalahan membuang sampah di merata tempat" Adakah ia betul? Jika tidak, apa ayat-ayat yang betul?Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:
1) Dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru.
2) Menjaga ibu  menjadi tanggungjawab setiap anaknya.
3) Membuang sampah di merata tempat ialah satu kesalahan.
Tatabahasa03.05.2013
Assalamualaikum. Di bawah saya sertakan beberapa contoh ayat. Mohon tuan betulkan pada ayat-ayat yang memiliki kesalahan tatabahasa. 1.Dilarang membawa masuk motosikal atau kereta. Con: kawasan yang tidak dibenarkankan parkir. 2.Dilarang membuang sampah merata rata gunakan tong sampah disediakan. 3. Dilarang membawa anjing atau binatang peliharaan. (sesuaikah sekiranya binatang diganti dengan ternakan) 4.Dilarang memetik/memusnahkan atau memindah pokok bunga. ( sesuai atau tidak jika memusnahkan diganti dengan merosakkan) 5. Anda sedang diperhatikan, sesiapa yang melanggar tata kelakuan di atas adalah melakukan kesalahan. Terima Kasih. ISMAIL HASHIM ismazubl@gmail.com1. Dilarang meletak motosikal atau kereta di sini. 
2. Dilarang membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang disediakan.
3. Dilarang membawa haiwan peliharaan. 
4. Dilarang menyentuh dan merosakkan pokok bunga. 
5. Anda sedang diperhatikan. Sesiapa yang melanggar peraturan di atas, anda dianggap telah melakukan kesalahan.
Tatabahasa28.02.2015
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih.Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454):

obor-obor  ► ubur-ubur

ubur-ubur1 kata nama 
haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri;
sinonim: ampai-ampai; lambur;
Nama saintifik: Rhopilema esculenta

Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai.

Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini.
Ejaan24.05.2023
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul.Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. Tatabahasa02.07.2008
12

Kembali ke atas