Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.bah] | مربه

Definisi : sj burung, Lanius cristatus; ~ abu, Hypsipetes flavala; ~ berjanggut = ~ beringin sj burung, Criniger ochraceus; ~ bersisik sj burung, Pycnonotus squamatus; ~ bidan sj burung, Trachycomus ochrocephalus; ~ ekor gading sj burung, Tersiphone paradisi affinis; ~ gila sj burung, murai gila, merbuk gila, Rhipidura javanica; ~ gila gunung sj burung, Rhipidura albicollis; ~ jambul sj burung, Spizixos canifrons; ~ kapur sj burung, Pycnonotus goiavier; ~ kelabu sj burung, Pycnonotus cyaniventris; ~ kunyit = ~ luris leher sj burung, Pycnonotus finlaysoni; ~ kunyit jambul hitam = ~ jambul hitam sj burung, Pycnonotus melanicterus; ~ rimba a) sj burung, Tephrodornis gularis; b) sj burung, Malacopteron magnirostre; ~ sampah sj burung, Criniger bres; ~ sampah kuning sj burung, kelicap belukar, Macronus gularis; ~ tanduk sj burung, Pycnonotus melanoleucos; ~ telinga merah sj burung, burung cerlah, Pycnonotus jocosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.bah] | مربه

Definisi : nama sj burung, Lanius cristatus cristatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbah

Puisi
 

Anak merbah di paya Tuk Barat,
     Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
     Orang lain ramai lagi.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009

Kembali ke atas