Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.cu] | مرچو

Definisi : 1. bahagian yg tertinggi, puncak; ~ gunung puncak gunung; 2. bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi (pd masjid dll), menara; ~ api = ~ suar rumah api: api lampu ~ suar telah terkelip-kelip di Pulau Pandan; ~ tanda sesuatu objek yg mudah dicam (spt bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentu­kan lokasi sesuatu tempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.cu] | مرچو

Definisi : 1 bahagian yg tertinggi; puncak: ~ gunung puncak gunung. 2 bahagian bangunan yg tertinggi (spt di masjid); menara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mercu (kata nama)
Bersinonim dengan puncak, kemuncak, bahagian tertinggi, hujung tertinggi, apeks;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana, adakah nama2 ini sesuai untuk sesebuah dewan ataupun bilik?Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana tidak sesuai untuk menamakan dewan atau bilikLain-lain07.08.2008
Kelulusan Iklan Besar di Bangunan Pejabat, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling JayaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.10.2015
Salam, Saya merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan perkataan "terasmilah" Contoh Ayat penuh: Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izinNya jua maka tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda ilmu di Negeri Perak ini amnya dan Daerah Batang Padang khususnya. Harap dapat bantuan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. NAJJAHBersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua maka pada 7 September 2017 ini telah dirasmikan satu lagi mercu tanda ilmu di negeri Perak ini amnya dan daerah Batang Padang khususnya.Tatabahasa18.05.2017
Salam, Tuan, Saya ingin dapatkan kepastian berkenaan pengunaan perkataan "terasmilah" Contoh ayat: Pada tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda... Adakah penggunaan perkataan ini sesuai atau sebaliknya? Saya telah membuat carian, namun tidak menjumpai perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. NAJJAHUntuk makluman, perkataan "terasmilah" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Kami hanya ada maksud rasmi dan yang berkaitan dengannya. Puan boleh melihatnya melalui laman web kami iaitu, http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasmi. Pihak kami cuba untuk menggantikan perkataan yang puan berikan dengan perkataan yang lebih tepat, namun ayat tersebut tidak lengkap. Mohon puan menghantar yang baharu.Lain-lain18.05.2017
Apakah tindakan yang akan diambil DBP untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar?Sebagai badan yang dipertanggungjawakan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini, DBP sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti kebahasaan agar bahasa Melayu disanjungi dan terus di mercu. Antara program yang DBP jalankan untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ialah mengadakan Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Forum Pelajar, Akademi Sastera dan pelbagai seminar yang boleh disertai oleh pelajar. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan usaha yang dilakukan oleh DBP untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau melayari laman Dewan Bahasa dan Pustaka, www.dbp.gov.my.Tatabahasa13.08.2008
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Penggunaan perkataan ikonik dalam ayat di bawah:- Terdapat dua buah Kompleks Kraf yang menjadi ikonik kepada perkembangan industri kraf negara iaitu Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi.Kami berpendapat bahawa penggunaan "ikonik" dalam ayat tersebut tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi. Hal ini disebabkan 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran), memang tiada kena-mengena dengan struktur yang didirikan. Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya digunakan mercu tanda atau lambang kerana lebih sesuai.Istilah07.07.2015

Kembali ke atas