APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENAR | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA. | Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam. | Lain-lain | 27.02.2008 |
Salam Merdeka, 1. Terjemahan 'Tweet Up Merdeka' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Terjemahan 'flyover' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih. | 1. Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "Tweet Up". Walau bagaimanapun, dalam konteks frasa yang diberikan, cadangan kami ialah Jom Twit Merdeka atau Ayuh Twit Merdeka. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "flyover" ialah jejambat. | Istilah | 04.09.2012 |
PERSOALAN TENTANG PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA, ADAKAH PERKEMBANGAN ITU HANYA MERUJUK DI MALAYSIA ATAU MANA-MANA NEGARA? | Jika persoalannya ialah Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, bermakna isu ini merujuk isu bahasa Melayu di sesebuah negara yang merdeka dan dalam konteks kita ialah negara Malaysia. | Lain-lain | 12.08.2008 |
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu. | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Makna | 21.02.2013 |
pengertian merdeka menurut kamus dewan bahasa dan pustaka | Merdéka bermaksud bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: | Makna | 30.08.2007 |
Salam, Saya bertanya bagi pihak Hakuhodo Advertising mengenai sebuah iklan radio yang sedang kami usahakan untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang akan datang pada bulan Ogos. Soalan saya adalah: 1. Bolehkah kita menyebut 'Selamat Hari Merdeka-Raya!' untuk iklan radio tersebut (sebagaimana pernah suatu ketika dahulu, perayaan Deepavali dan Raya disebut 'Deepa-Raya'). Bantuan dan nasihat segera pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Kata merdeka dan raya tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya adalah sambutan yang berbeza, walaupun kita menyambutnya pada tarikh yang hampir sama. Ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya". | Istilah | 07.07.2011 |
sayer nk semua maklumat mengenai bahasa melayu moden pra merdeka. harap pihak DBP dapat beri kerjasama secepat mungkin. terima kasih... | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 27.05.2010 |
Satu majlis meraikan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. bolehkah munsyi jelaskan antara perbezaan suatu majlis dengan satu majlis berdasarkan ayat di atas. Jawaban dalam buku rujukan; suatu majlis. TK banyak munsyi | Suatu digunakan untuk bilangan tak tentu dan satu untuk bilangan tentu sama seperti satu, dua dan tiga. Ayat tersebut sepatutnya berbunyi Sambutan ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
Apakah maksud semarak merdeka? maksud Semarak? Terima Kasih | Semarak bermaksud seri, cahaya, kebanggaan, keelokan, kemegahan atau kemuliaan. | Makna | 19.07.2007 |