Adakah terdapat atau wujud perkataan Peredaan? Jika ya, adakah ia merujuk perkataan sama dengan reda atau meredakan? | “Peredaan” membawa maksud hal atau perbuatan meredakan, manakala “reda” dan “meredakan” membawa maksud berkenaan seseorang menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1837. | Tatabahasa | 24.06.2025 |
mohon pencerahan berkaitan penggunaan kata " PEREDAAN" yang sering digunakan di dalam istilah meredakan atau mengurangkan risiko terhadap sesuatu kejadian bencana. Perkataan ini tidak mempunyai maksud dalam istilah bahasa DBP tetapi sering digunakan di dalam kajian-kajian berkaitan dengan pengurusan bencana. Mohon bantuan | Memang benar kata "peredaan" telah banyak digunakan, khususnya dalam bidang Geografi dan Sains Politik. Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020, 1837) yang merakamkan kata "peredaan" dengan maksud; hal atau perbuatan meredakan sesuatu. Makna ini ialah makna umum yang boleh diaplikasikan mengikut konteks dan pelbagai situasi. | Makna | 20.06.2024 |
Reda atau redha? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837): reda رضا kata kerja tak transitif 1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu: Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil. kata nama 2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang: Dia berusaha mencapai reda Allah. Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya. | Ejaan | 03.08.2023 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |