Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.gang.kan] | مرݢڠکن

Definisi : menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), mem­bentangkan (kain dll) tegang-tegang, meng­hulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.gang.kan] | مرݢڠکن

Definisi : menarik supaya regang; membentang­kan tegang-tegang; menghulurkan tegang-tegang (bkn kaki atau tangan): Ia ~ kedua-dua belah tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
regang (adjektif)
Bersinonim dengan tegang, cekang, kejang, serius, kencang, terik, ganjat;,
Kata Terbitan : beregang-regang, meregang, meregangkan, keregangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :)Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut:
1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam.

2)Boleh ditanggalkan. 

3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan.
 
4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi.
Makna18.10.2018
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai.

Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56"

Lain-lain11.11.2008
Pihak kami didalam proses untuk permohonan lesen makanan dari pihak DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA. Salah satu syarat dari pihak berkuasa tempatan tersebut adalah untuk mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak DBP untuk pengunaan perkataan 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" sebagai papan iklan dan nama perniagaan. 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" ialah sebuah kafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian bekerja. Dihidangkan makanan tempatan seperti ayam "pansoh", midin , teh uncang, dan pelbagai minuman lain.

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan saudara. Nama perniagaan yang amat sesuai ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56".

Lain-lain11.11.2008

Kembali ke atas