mereka bentuk | mereka bentuk | Ejaan | 07.06.2013 |
Reka bentuk, mempunyai jarak atau tidak? Bagaimana pula dengan mereka bentuk? tolong jelaskan dari aspek jarak ini. Saya musykil. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Antaranya ialah seruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawa, kakitangan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 29.04.2009 |
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia? | Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 10.12.2013 |
"MEREKABENTUK" DITULIS RAPAT ATAU JARAK | Mereka Bentuk | Ejaan | 07.05.2019 |
Saya selalu hadapi masalah bila menulis ayat yang mengandung kata 'reka bentuk' jika ditambah awalan me. Contoh ayat: Kerja-kerja mereka bentuk akan siap sebulan lagi. Saya dapati kata awalan me + reka bila digabung selalu sering disalah tafsir jadi 'mereka' (they). Untuk atasi masalah ini, saya lebih suka menggabungkan istilah itu jadi satu kata tunggal 'rekabentuk' untuk disesuaikan dengan kata 'design' dalam bahasa Inggeris. Jadi apakah ada kreteria yang perlu saya tahu untuk menulis satu istilah yang terdiri dari gabungan dua kata seperti ini? Mohon jawapan | Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk hendaklah ditulis secara terpisah iaitu dua perkataan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut dan boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui ejaan yang tepat. | Tatabahasa | 22.02.2013 |
Assalamualaikum warga bahasa dan budaya bangsa ! ....tumpang pencerahan.. semasa dibangku sekolah saya diajar bahawa perkataan 'MEREKA' adalah bermaksud ramai dan salah menggunakan "Mereka mereka" ... Saya rasa sakit telingga sekarang ramai orang yang bercakap "mereka mereka" Apa pandangan anda ? | Salam, Mereka merupakan kata ganti nama diri ketiga (dalam bentuk jamak). Sepatutnya, tidak boleh digandakan perkataan tersebut kerana menyalahi hukum tatabahasa. Akan tetapi, perkataan tersebut sering digunakan dalam percakapan harian, terutamanya secara lisan dan hal itu di luar kawalan bidang kuasa kami untuk membuat sebarang tindakan. | Tatabahasa | 12.11.2015 |
Apakah KGND pertama dan kedua yang digunakan oleh Putera Negeri A apabila bercakap dengan Puteri Negeri B, dan sebaliknya? Adakah mereka menggunakan 'beta' sesama mereka? | Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur. | Tatabahasa | 30.11.2014 |
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna Wajah | Menurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajah | Makna | 15.11.2015 |
Tuan/Puan, Saya ingin meminta nasihat mengenai perkataan di bawah, satu atau dua perkataan? -Maklum balas -Memudahcara -Mengenal pasti -Merekabentuk (design) -Mengambil kira -Diubahsuai Di samping itu, saya juga ingin meminta nasihata mengenai penterjemahan perkataan di bawah: - vulnerable group - response to - minimum standard - Appropriately intervenes to address social and community inequality - social work intervention - accountable - accountability - to practice - to promote social justice - to engage in human service - the concern of the community - disabling environment - grief process - insight and understanding of own value - social networking - resilience - human worth - culture, gender, race, class, ethnic, religion, disability, age and life style differences between self and others Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. maklum balas 2. memudah cara 3. mengenal pasti 4. mereka bentuk 5. mengambil kira 6. diubah suai Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. vulnerable group - kumpulan lemah/kumpulan rentan 2. response to - gerak balas terhadap/sambutan terhadap 3. minimum standard - standard minimum 4.. social work intervention - intervensi kerja sosial 5. accountable - bertanggungjawab 6. accountability - kebertanggungjawaban 7. to practice - mengamalkan 8. to promote social justice – mempromosi keadilan sosial 9. the concern of the community – menjadi perhatian masyarakat 10. social networking - rangkaian sosial Untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang lain, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan pilih padanan yang bersesuaian dengan konteks. | Ejaan | 11.09.2013 |
bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu? | KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta. Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi. | Lain-lain | 14.06.2008 |