Adakah perlu diletakkan tanda noktah selepas penutup kurungan. Contoh: 1. Merekodkan maklumat bilangan peserta. (Maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). | Penulisan yang betul ialah "Merekodkan maklumat bilangan peserta (maklumat penting sekiranya berlaku kecemasan). " | Tatabahasa | 21.04.2014 |
Penggunaan perkataan perekodan: ... diserahkan kepadanya untuk tujuan perekodan data. | Perekodan bermaksud perbuatan atau hal merekodkan sesuatu, data dan sebagainya. Oleh itu frasa tersebut di atas, iaitu "untuk tujuan perekodan data" boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. | Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Apakah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Melayu yang pernah direkodkan | Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan. | Lain-lain | 03.07.2008 |
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang paling panjang ejaannya ? | Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memulia | Untuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya: 1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
definisi rekod?kepentingan rekod?ciri-ciri rekod?tujuan rekod?definisi return?tanggungjawab merekod?apa itu return?tanggungjawab return? | Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana diluar skop perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, dari segi literal, menurut Kamus Dewan; rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; | Lain-lain | 01.05.2008 |