Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.cat.kan] | مرنچتکن

Definisi : menyebabkan terhalang atau tertahan (bkn pertum­buhan, pekerjaan dll); membantutkan: Kekurangan zat makanan ~ pertumbuhan pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencat
Kata Terbitan : merencatkan, terencat, kerencatan, perencatan, perencat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abdul Rauf SEL 6.26 PTG Assalamualaikum, Saya Abdul Rauf ingin bertanyakan tentang laman web DBP, mengapa selalu ada masalah pelayan ketika saya ingin menggunakan fungsi kamus dalam talian? Ini kadang-kala merencatkan kerja saya membuat terjemahan. Terima kasihCapaian kepada pelbagai data kini boleh diakses melalui laman web kami. Kami memohon maaf atas kesukaran yang tuan hadapi.Lain-lain17.10.2017
Apakah maksud melankolia?Maksud melankolia ialah  penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.Makna19.02.2010
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020

Kembali ke atas