Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.nung.kan] | مرنوڠکن

Definisi : memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), meme­nung­­kan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.nung.kan] | مرنوڠکن

Definisi : memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renung2
Kata Terbitan : merenungkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?"Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'"Ejaan02.11.2011
tuan pandangan orang tua-tua harus diambil kira dan ditimbang sebelum sebarang tindakan diambil. tuan, mengikut jawaban buku, ditimbang adalah salah. tetapi saya merujuk kamus bahawa menimbangkan sama dengan menimbang maka, saya kekeliruan bahawa sama ada ayat itu betul atau tidak. tq

Merujuk Kamus Dewan, salah satu makna menimbangkan ialah menimbang, iaitu memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu. Berdasarkan makna tersebut, ayat itu betul.

Tatabahasa19.09.2011

Kembali ke atas