Jika Westernization diterjemahkan sebagai pembaratan, bagaimana pula dengan mata angin lain? Adakah ia penimuran atau pentimuran? Pengutaraan? Penenggaraan atau pentenggaraan? Penyelatanan atau penselatanan? | Maksud westernization menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah pembaratan. Merujuk kepada takrifan pembaratan ialah perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) menjadikan (sesebuah negara dan sebagainya) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dan lain-lain. Maksud pembaratan tidak merujuk kepada mata angin. | Makna | 23.08.2017 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih. | Selamat ptg. 1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air. 2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material. | Istilah | 20.07.2016 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |