Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merindu 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya.  b. Dia amat merindui ibunya  dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus.

Tatabahasa14.02.2011

Kembali ke atas