APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU | Merinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU? | Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
Pengesahan dan maklsud perkataan "inspektorat". Untuk makluman tuan/puan, perkataan ini tidak dijumpai di dalam laman sesawang PRPM. Sekian, terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. | Istilah | 07.10.2022 |
Saya ingin bertanya tentang perkataan "Inspektorat" memandangkan tidak wujud dalam kamus DBP. Perkataan asal adalah dari bahasa Inggeris iaitu Inspectorate. Terima kasih | Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. | Makna | 21.02.2021 |
Saya ingin membuat semakan ke atas dua perkataan yang sering digunakan dalam urusan kerja seharian. Saya telah membuat carian kata melalui kamus atas talian dbp dan didapati perkataan tidak wujud. Dua perkataan tersebut adalah "naziran" yang berasal daripada perkataan nazir dan "inspektorat" yang dipinjam daripada bahasa inggeris. Mohon pandangan DBP samada perkataan-perkataan ini sesuai digunakan. Sekiranya tidak, mohon cadangan perkataan yang sesuai | Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu, inspektorat. Naziran berasal daripada kata akar nazir. Naziran merupakan hasil daripada menazir. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana muka surat 1525. Perkataan naziran boleh digunakan. | Istilah | 21.10.2022 |