Apakah beza antara 'lebih rumit' dan 'lebih merumitkan lagi'? Adakah kedua-duanya sesuai digunakan pada permulaan ayat | Perkataan “lebih rumit” membawa maksud tidak mudah; lebih susah; lebih sukar dan lebih sulit. Contoh ayat, “Perkembangan baru pada sesuatu penyakit yang menjadikannya lebih rumit untuk dirawat dan diubati”. Manakala perkataan “lebih merumitkan lagi” membawa maksud lebih menyukarkan, lebih menyulitkan dan lebih menyusahkan. Contoh ayat, “Kalau dirinya sakit, keadaan lebih merumitkan lagi, dia tidak dapat pergi ke laut”. Kebiasaannya, frasa ini hanya wujud di pertengahan ayat. | Tatabahasa | 20.02.2020 |
Salam sejahtera Tuan. Saya ialah pengguna Khidmat Nasihat DBP. Syabas saya ucapkan atas kualiti perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, saya hendak bertanya tentang perkhidmatan Pertanyaan dan memberikan maklum balas. Saya sering kali menyedari bahawa terdapat maklumat penting yang ditinggalkan selepas pertanyaan dihantarkan. Apakah cara penyelesaian masalah di atas yang terbaik? Jikalau terdapat pilihan untuk mengubah suai pertanyaan, masalah ini dapat diatasi dengan mudah. Walau bagaimanapun, hal ini pasti menimbulkan masalah kepada bahagian Tuan untuk merombak semula sistem. Hal ini turut merumitkan kerja menjawab pertanyaan. Bolehkah saya menghantar pertanyaan sekali lagi, setelah diubah suai pertanyaan yang lama? Mungkin cara penyelesaian yang terbaik ialah pengguna menulis versi draf dan menghantar pertanyaan selepas memurnikannya. Terima kasih. Saya memohon maaf atas e-mel yang panjang. Yu Cheng Pengguna Khidmat Nasihat DBP | Salam sejahtera, Sistem Khidmat Nasihat DBP. Terima kasih atas pertanyaan saudara. Kami di Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil maklum tentang permasalahan tersebut. Pihak kami mencadangkan agar saudara menulis draf soalan terlebih dahulu. Cara ini merupakan salah satu langkah yang baik bagi memastikan tiada kesilapan dalam soalan tersebut dan sekiranya ada kesilapan, boleh disunting semula. Pihak kami akan terus menambah baik sistem Khidmat Nasihat DBP dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini. Terima kasih. | Lain-lain | 19.01.2022 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |