Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.sin] | ميسين

Definisi : (mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.sin] | ميسين

Definisi : alat yg memberi tenaga atau daya dan memungkinkan kita menggerakkan atau melakukan sesuatu dgn mudah; jentera; pesawat. ~ cetak mesin utk mencetak buku dll. ~ gerudi mesin utk mengorek lubang. ~ getah alat utk mengeping getah yg telah dibekukan. ~ jahit mesin utk menjahit. ~ kira (hitung) mesin utk menghitung. ~ rencam a. mesin yg gunanya bermacam-macam. b. mesin yg rumit. ~ taip mesin utk menaip. memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: Emaknya sedang menolong bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mesin pembuat mi atau mesin pembuatan mi atau mesin ??? mi ... terima kasih.Frasa yang betul ialah mesin pembuatan mi.Tatabahasa29.06.2013
1. mesin pemotong rumput atau mesin potong rumput?
Mengikut data kami, penggunaan istilah yang betul ialah mesin potong rumput.
Istilah09.02.2017
untuk memudahkan penggunaan dan pengendalian mesin cetakan dan mesin faxMohon perjelaskan pertanyaan puan. Ejaan yang betul ialah "faks" bukannya fax.Tatabahasa20.02.2014
Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan terangkan kepada saya ayat yang berikut: 1. Ali mengeluarkan wang dari / daripada mesin ATM. 2. Mesin ATM dalam ayat ini menunjukkan sumberkah ataupun tempat? 3. Bagaimanakah kita hendak membezakan sumber dengan tempat ? 4. Kalau tempat itu menunjukkan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya kita senang membezakan tetapi kalau seperti ayat di atas ada yang mengatakan mesin ATM itu tempat dan ada pula yang mengatakan itu tempat, keadaan seperti ini amat mengelirukan saya. 5. Berharap agar tuan dapat mengajar saya cara untuk membezakan antara tempat dan sumber. Sekian, terima kasih.

1. Ali mengeluarkan wang daripada mesin ATM. - Ungkapan yang betul ialah daripada kerana merujuk punca duit itu dikeluarkan, manakala tempat ialah ruang berlakunya sesuatu. Seperti yang saudara nyatakan tempat ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, utara, selatan dan sebagainya. Untuk lebih memahami perbezaan penggunaan dari dan daripada, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268-272. 

Tatabahasa13.08.2011
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
pengedar alat-alat ganti mesinpengedar alat ganti mesinTatabahasa15.12.2008
Dari segi penggunaan bilangan atau nombor dalam surat atau minit mesyuarat, manakah yang sewajarnya? Contoh A : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli lima (5) unit mesin pencetak. Contoh B : Kerajaan memutuskan supaya setiap Agensi membeli 5 unit mesin pencetak Manakah menjadi kewajaran sekiranya menggunakan numbor atau nombor kemudian kurungan dalam surat atau minit mesyuarat ? Manakah penggunaan yang lebih tepat dan sesuai sama ada contoh A atau Contoh B? Terdapat juga pendapat supaya nombor dan kurungan digunakan bagi nombor bilangan yang kurang dari 10 manakala sekiranya nombor lebih dari sepuluh hendaklah menggunakan nombor sahaja. Contoh X <10 : Jabatan membeli lima (5) unit mesin. Contoh X>10 : Jabatan membeli 25 unit mesin Pohon Penjelasan tuan.Dalam penulisan nombor, angka satu hingga sembilan dieja dan angka 10 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor. Oleh itu, contoh A yang tuan berikan lebih dekat dengan rumus penulisan nombor.Ejaan24.03.2017
Assalamualaiku. Saya ingin bertanya apakah nama mesin untuk periksa gula dan nama strip yang digunakan. Kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil glucometer test machine. Saya sertakan gambar untuk lebih jelas. Terima kasih.Mesin Ujian GlukosaMakna19.06.2020
Tuan, Adakah istilah 'PEMARUT' ais sesuai digunakan kepada sejenis mesin yang mengisar air batu (ais) untuk dijadikan air batu campur, ABC? jika istilah 'pemarut' ais ini tidak sesuai, apakah istilah yang betul bagi mesin membuat ABC ini? terima kasihPerkataan yang sesuai ialah PENGISAR AISMakna20.01.2019
Selamat pagi. Apakah cadangan terjemahan bagi perkataan 'autopay' yang bermaksud mesin bayaran automatik tempat letak kereta? Terima kasihPerkataan autopay belum ada padanan dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan autopay diterjemahkan kepada autobayar atau mesin bayaran automatik.Istilah25.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas