Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan "Reverse Vending Machine"Terjemahan yang sesuai bagi Reverse Vending Machine ialah Mesin Layan Diri BalikanMakna23.06.2020
Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”.

Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini.

Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021
Pada 5 Mei, saya memohon untuk pengesahan ejaan bahasa pada visual papan tanda, sepertimana yang dikehendaki oleh MBPJ, semasa membuat permohonan lesen perniagaan. Walau bagaimanapun, ia tidak diluluskan (8917/2014) dan dua pindaan dinyatakan diperlukan: (1) menukar "24 hour" kepada "24 Jam" dan (2) "Self-service Coin Laundry" kepada "Mesin Kendalian Syiling Layan Diri". Saya ingin bertanya mengapakah pindaan ini diperlukan? Papan tanda ini menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dimana ayat "Mesin Dobi Layan Diri" adalah lebih besar dan ayat Inggeris menggunakan ayat-ayat "Self-service Coin Laundry" dan "New Concept Laundry Shop" serta "24 hour" (dalam simbol) - sila lihat lampiran. Adakah Bahasa Inggeris tidak boleh digunakan dengan lebih banyak dari Bahasa Malaysia? Perlukan ayat dalam Bahasa Malaysia merupakan terjemahan tepat? Saya harap tuan dapat memberi tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan yang bukan nama khas atau cap dagang perlu diterjemah kepada bahasa Melayu. Sekiranya tuan ingin mengekalkan bahasa Inggeris, tuan perlu letak kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Lain-lain07.05.2014

Kembali ke atas