Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yang manakah betul, "bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran" atau "bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran"? | Ayat yang betul ialah "Bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Salam sejahtera, adakah kata "mesra alam" dikira sebagai kata majmuk? Sekian, terima kasih. | Mesra alam merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. | Tatabahasa | 12.01.2022 |
Adakah penggunaan ayat ini betul: Ayuh kita bina dunia yang lebih mesra alam buat generasi akan datang. Terima kasih | Ayuh kita bina dunia yang lebih mesra alam untuk generasi akan datang. | Tatabahasa | 19.07.2018 |
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih | 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ayat ini "create an environmental friendly? adakah bermaksud "menyumbang kepada mesra alam?" | Cadangan kami, create an environmental friendly diterjemahkan kepada ke arah mesra alam sekitar jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah kesalahan imbuhan yang terdapat dalam ayat berikut? Bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan penduduk dunia. Terima kasih. | Bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan penduduk dunia. Tiada kesalahan imbuhan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
Salam sejahtera. Dalam ayat berikut: Ibu menyuruh ayah membeli cat mesra alam, bukan yang mengandungi bahan kimia. Adakah 'yang mengandungi ' ialah frasa kerja yang mendukung maksud pertentangan maklumat. Terima kasih. | Dalam ayat ini, perkataan bukan ialah kata nafi yang hadir di hadapan frasa kerja yang mengandungi bahan kimia yang mendukung maksud pertentangan maklumat. | Tatabahasa | 28.06.2021 |
Slm Saya ingin bertanya adakah perkataan di bawah merupakan kata majmuk: mesra alam reka ciptanya tq | Ya, kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata majmuk. | Tatabahasa | 08.06.2015 |
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut. | Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa: i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.” ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.” Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.
| Tatabahasa | 21.04.2024 |
apakah kata ganti yang paling sesuai untuk perkataan 'selamat datang'? perkataan tersebut mestilah mempunyai elemen mesra alam seperti istilah 'we are pleased to welcome you..." dalam bahasa inggeris.tidak boleh terlalu panjang, mesti pendek dan tepat.hrp saudari/i di DBP dapat membantu | Ungkapan Selamat Datang itu memang sudah cukup santun dan sesuai digunakan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 30.10.2007 |