Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti.ka] | مستيک

Definisi : 1. sj batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll), geliga, gemala; ~ embun sl sj batu sakti yg boleh menghidupkan orang mati; 2. permata yg bernilai (intan dll); 3. ki yg termolek, yg tercantik; laksana ~ gamat prb utk mengatakan rupa atau kelakuan atau perkataan yg baik; 4. ki sesuatu yg disayangi (dikasihi); ~ hati kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti.ka] | مستيک

Definisi : 1 batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll); geliga; gemala. 2 permata yg berharga atau yg bernilai (spt intan). 3 yg tercantik; yg terelok. 4 sesuatu yg disayangi: ~ hati kekasih yg disayangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mestika (kata nama)
Bersinonim dengan geliga, gemala, batu sakti.,

Peribahasa

Bagai menelan mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah erti perkataan MUSTIKA. saya tidak terjumpa diperkhidmatan kamus, istilah, atau dimana juga, selain pantun.Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'MESTIKA'. Orang ramai lazim mengeja dan menyebutnya sebagai mustika atau mastika seperti yang terdapat dalam lirik lagu serta pantun. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, mestika membawa maksud sejenis batu sakti yang terdapat dalam kepala ular dan lain-lain/geliga/gemala. Ia juga bermaksud permata yang bernilai (intan dll). Kalau digunakan sebagai kiasan, mestika juga boleh diertikan sebagai yang termolek/yang tercantik atau sesuatu yang disayangi.Makna29.12.2006
APAKAH MAKSUD " MUSTIKA"Ejaan yang betul ialah mestika yang bermaksud sejenis permata bernilai atau sebagai kata kiasan bagi menggambarkan sesuatu yang termolek, tercantik atau sesuatu yang disayangi, iaitu kekasih.Makna15.05.2009
apakah makna mustika?Tidak ada perkataan 'mustika' dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan, yang ada ialah 'mestika' yang bermakna batu sakti, yang tercantik atau tersayang.Makna16.11.2006
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi.

Saudara,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain19.12.2009
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010

Kembali ke atas