Ejaan perkataan metabolisme/metabolisme: 1. Pada bahagian khidmat nasihat, terdapat jawapan: Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. 2. Tetapi pada bahgian kamus, hanya perkataan metabolisme yang mempunyai definisi dan bulan metabolisma. Mohon pencerahan. | Terdapat kekeliruan maklumat dalam domain kamus DBP, maklumat berkenaan yang betul boleh diperoleh melalui carian metabolisma dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metabolisma&d=28648&#LIHATSINI. | Istilah | 16.06.2020 |
apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk istilah perubatan di bawah:- 1. First-pass Metabolisme = Metabolisme Laluan-Pertama? 2. Bio-Availability = Bio-keperolehan / Bio-ketersediaan? 3. Theraphy Localization= Terapi Penyepadu? 4. Fat Soluble = Larut Lemak? | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. First-pass metabolisme: Metabolisme laluan pertama 2. Bio-availability: Bioketersediaan, biokebolehsediaan, biokebolehdapatan, biokeperolehan 3.Theraphy localization: Terapi penyetempatan, terapi persetempatan 4. Fat soluble: Larut lemak Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 19.03.2021 |
Apakah perkataan "metabolisme" dalam Bahasa Melayu. Saya ada rujuk dalam PRPM, pihak DBP ada menjawab kekal kepada metabolisme, tetapi ada jawapan "metabolisma". Pada pendapat saya perkataan "metabolisme" sama seperti "organism" yang mana menjadi orgnisma. Kalau "metabolism" yang lebih tepat "metabolisma". Jika "metabolisme" sebutannya bagaimana pula? Adakah sesuai dengan sebutan Bahasa Melayu. Terima kasih. | Untuk makluman, merujuk kepada Pedoman Tambahan Pembentukan Istilah Biologi yang berkaitan dengan akhiran -ism terdapat dua (2) ketetapan seperti yang berikut: a) Akhiran -ism yang membawa makna abstrak dan fenomena menjadi -sme. b) Akhiran -ism yang membawa makna benda yang konkrit menjadi -sma. Oleh yang demikian, padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi metabolism ialah metabolisme. | Istilah | 16.11.2024 |
Salam sejahtera, soalan saya berkaitan dengan ejaan 'metabolisme' dan ' mikroorganisma'. Pelbagai rujukan telah dibuat tetapi saya tidak dapat menentukan ejaan yang tepat. Sila rujuk bahan yang saya lampirkan. terima kasih. | Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. | Ejaan | 04.08.2013 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Puan/Tuan. Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "chrono-nutrition"? "Chrono-nutrition" ialah salah satu cabang penyelidikan dalam bidang pemakanan, yang membawa maksud sains berkenaan interaksi antara makanan, metabolisme, waktu pengambilan makanan dan jam biologi. Sekiranya saya terjemah terus ke dalam Bahasa Melayu, perkataan tersebut ialah "pemakanan krono". Adakah istilah ini tepat? | Cadangan padanan bagi istilah chrononutrition dalam bahasa Melayu ialah kronopemakanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 04.07.2024 |
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor | Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut. 1. Buku: Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Karya Editor: Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Majalah Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. 4. Kertas Kerja Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan. | Lain-lain | 25.08.2015 |
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya. | Berikut merupakan ayat-ayat yang betul: 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya. 6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya | Tatabahasa | 22.09.2021 |
Apakah perkataan "metabolised" dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan "dimetabolasi" betul dari aspek tatabahasa. Melalui semakan kami di prpm, tiada perkataan "metabolised" tetapi terdapat perkataan "metabolise/metabolize" iaitu memetabolismekan. 388.(2) For the purposes of this regulation, the term “carbohydrate” includes alcohol, glycerol, sorbitol or sugar alcohol, and any carbohydrate substance that is capable of being metabolised. 388.(2) Bagi maksud peraturan ini, terma “karbohidrat” termasuklah alkohol, giserol, sorbitol atau gula alkohol, dan apa-apa bahan karbohidrat yang boleh dimetabolasi. | Tuan boleh membetulkan ayat tersebut seperti di bawah: Bagi maksud peraturan ini, terma “karbohidrat” termasuklah alkohol, giserol, sorbitol atau gula alkohol, dan apa-apa bahan karbohidrat yang menggunakan kaedah metabolisme. | Tatabahasa | 18.07.2021 |