Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.fo.ra] | ميتافورا

Definisi : (métafora) (Lin) pemakaian kata­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perban­dingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.fo.ra] | ميتافورا

Definisi : /métafora/ pemakaian kata-kata utk menyatakan erti yg berbeza drpd yg sebenarnya (sbg kiasan atau sbg perbandingan saja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
metafora
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :peribahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  2 perkataan. 

Jenis-jenis Metafora:

1. metafora implisit
 pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 
2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan
3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan  secara  tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan.
Sastera01.04.2012
apakah maksud metafora?Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi.Makna17.02.2013
apakah makna gaya bahasa perbandingan dan beri ulasan terperinci berserta contoh-contohnya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa dan antara jenis gaya bahasa temasuklah perbandingan atau metaforaMetafora ialah perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudara dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain14.07.2009
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih!Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.Sastera08.03.2012
maksud Anafora.metafora dan simile

Merujuk Kamus Dewan, anafora bermaksud (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Manakala metafora ialah (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan). Simile pula ialah perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, mis bodoh macam lembu.

Lain-lain19.06.2010
BEZA ANTARA ALEGORI DENGAN METAFORA. HARAP BERI CONTOH SETIAP SATU. SUKAR UNTUK MEMAHAMI ANTARA KEDUANYA. TERIMA KASIH.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat alegori bermaksud sesuatu karya (cerita,puisi) yang menggunakan watak, peristiwa sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan)sesuatu yang lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah alegori yang dipilih untuk dibicarakan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi.

Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan): pembentukan ungkapan yang bersifat metafora.

 

Makna25.02.2008
salam sejahtera saya ingin bertanya apakah yang di maksudkan dengan perkataan"konduksif" dan dimanakah ayat yang paling sesuai di digunakan dan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "metafora"?Kondusif bermaksud sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Contoh penggunaan: Dengan penyediaan persekitaran yang kondusif negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yang menggalakkan . Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan). Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Makna11.07.2008
Boleh tolong terangkan yang mana satu bukan metafora? a. diulit riang b. halaman diari c. naungan nusa d. bumi merdeka

Jawapannya a. diulit riang

Tatabahasa23.07.2010
Assalamualaikum. Bolehkah pihak DBP menggariskan beberapa gaya bahasa yang puitis seperti penggunaan diksi, metafora dan sebagainya beserta maksud serta contoh-contoh penggunaan ayat dalam sesebuah cerpen atau novel?Waalaikumsalam. Tentang penggunaan gaya bahasa puitis ini saudara bolehlah melayari laman web kami dengan melihat beberapa contoh penggunaan tersebut khususnya dalam ruangan sastera. Contoh-contoh penggunaan gaya bahasa dalam puisi, cerpen, novel dan sebagainya.Ini mungkin dapat membantu saudara. Terima kasih.Lain-lain04.01.2007
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006
12

Kembali ke atas