Salam Hormat, Saya memerlukan istilah yang tepat bagi perkataan inggeris "Metal Stamping Part dan Metal Stamping dies" yang digunakan untuk pembuatan kenderaan. Mohon kerjasama sewajarnya. | Salam Sejahtera. Menurut data kami, tiada istilah untuk perkataan inggeris Metal Stamping Parts dan Metal Stamping dies. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu ialah Alat Ganti Tera Logam untuk Metal Stamping Parts dan Acuan Tera Logam untuk Metal Stamping dies. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 24.07.2017 |
Bagaimana kita menterjemahan Terminology used in bending of metal sheet/plate dalam bahasa melayu seperti berikut: Bend length Bend allowance Setback Bend angle Bend radius Bevel angle | Istilah bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut: bend length - panjang lentur bend allowance - basi lentur setback bend - lentur ke belakang/lentur belakang angle bend - lentur sudut radius - radius bevel angle - sudut serong | Istilah | 29.02.2016 |
bagaimana caranya membuat permohonan untuk papan tanda kilang. nama syarikat - YEWKO METAL ENGINEEERING SDN. BHD | Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. Visual yang dilampirkan hendaklah mempunyai perkataan bahasa Melayu. Berdasarkan nama syarikat tuan, di dalam papan tanda tersebut hendaklah ditulis KILANG KEJURUTERAAN atau yang lain bersesuaian dengan aktiviti perniagaan tuan. | Lain-lain | 25.03.2014 |
bahasa melayu untuk perkataan-perkataan di bawah nama syarikat "trading in metal scrap....) dan apakah jenis perniagaan ini dinamakan dalam bahasa melayu. Pusat ?? Terima Kasih. | Kami cadangkan Pusat Kitar Semula. Walau bagaimanapun, sila hantar iklan ini melalui Khidmat Pengesahan Bahasa pada laman web DBP untuk tujuan pengesahan bahasa. | Lain-lain | 10.11.2011 |
Salam, saya perlukan bantuan dalam tukarkan ayat dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu. sila rujuk bawah : DEALING IN ALL KIND OF SCRAP METALS FERROUS & NON-FERROUS METAL | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami terjemahan tersebut agar dapat menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.07.2018 |