Selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk alat pengukuran panjang, iaitu 'road meter' dan 'laser range meter'? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 1. laser range meter ialah Meter Jarak Laser 2. Road meter ialah Meter Jalan | Istilah | 19.10.2018 |
boelhkah saya menggantikan semua perkataan Inggeris 'self' kepada 'swa'. misalnya 'self monitoring glucose meter' kepada 'meter glukosa swapantau' | Untuk makluman awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, meter glukosa swapantau adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 14.03.2013 |
Assalamualaikum... yang mana satu betul, tiga meter setengah atau tiga meter setengah... keliru. Tolong tuan jelaskan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah tiga setengah meter. Dalam konteks ini, nombor atau bilangan diletakkan dahulu sebelum unit. Contoh lain adalah seperti dua setengah kilometer, dua setengah inci dan dua setengah minit. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
METER ROOM | BILIK METER | Istilah | 03.03.2011 |
bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tanda | Ayat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRI | Lain-lain | 23.11.2016 |
Salam sejahtera, Ayat tanya manakah yang betul? 1. Berapa meter kainkah yang digunakannya? 2. Berapa meterkah kain yang digunakannya? 3. Berapakah meter kain yang digunakannya? Soalan ini hendak digunakan dalam buku akademik matematik. Terima kasih. | Dalam ayat biasa, partikel -kah hadir selepas kata tanya seperti Berapakah harga barang itu? Walau bagaimanapun, jika hadir sisipan atau penjodoh bilangan selepas kata tanya, partikel -kah hadir selepas sisipan tersebut seperti Berapa meterkah kain yang akan digunakan? | Tatabahasa | 18.03.2015 |
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.com | Berdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut. | Lain-lain | 29.07.2011 |
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter. | Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TK | Jawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Tuan , saya ingin tahu sama ada penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat berikut adalah betul atau sebaliknya. 1. Kayu yang sesuai ialah yang berukuran 20 meter. 2. Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan adalah yang berukuran 200 meter panjang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih. | Penggunaan kata pemeri dalam ayat pertama betul. Walau bagaimanpun penggunaan kata pemeri dalam ayat kedua tidak gramatis kerana kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama. Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 10.06.2012 |