Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.te.rai] | متراي

Definisi : lambang rasmi sesebuah organisasi yg dilekatkan pd dokumen, sijil, dsb sbg tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (utk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sbg tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dll); memeterai membubuh meterai pd (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dlm hati terasa dlm hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yg dianjurkan oleh Malaysia sbg projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.te.rai] | متراي

Definisi : cap tanda utk badan perniagaan; cap mohor utk raja-raja; cap yg diterakan pd surat-surat penting. memeterai membubuh meterai; mengecap. termeterai tercap; tercetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meterai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateriMengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Makna25.07.2012
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah inggeris berikut, "resealable plastic bag"? Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk resealable plastic bag. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk resealable plastic bag ialah beg plastic boleh tutup semula.Istilah20.09.2012

Kembali ke atas