di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateri | Mengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Makna | 25.07.2012 |
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah inggeris berikut, "resealable plastic bag"? Terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk resealable plastic bag. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk resealable plastic bag ialah beg plastic boleh tutup semula. | Istilah | 20.09.2012 |