Apa maksud "agile methodology" dalam Kamus Komputer? | Padanan umum bagi agile methodology ialah metodologi/kaedah tangkas. | Makna | 15.11.2010 |
Salam sejahtera. Adakah perkataan "Metodologi" daripada perkataan Inggeris "Methodology" diterima dalam sistem terjemahan DBP? Terima kasih. | Metodologi merupakan istilah bahasa Melayu bagi "methodology". Istilah ini juga diterima sebagai istilah bahasa Melayu bagi bidang Ekonomi, Matematik, Sejarah dan Arkeologi. | Istilah | 24.11.2009 |
Assalamualaikum Tuan, Saya ingin mencari istilah 'Soft Systems Methodology in Education' di dalam Bahasa Melayu. Setakat ini, belum ada penulisan menggunakan istilah ini di dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. Salam, Azza. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah “soft system methodology” yang dipadankan sebagai kaedah sistem lembut. Cadangan kami bagi frasa “Soft Systems Methodology in Education" ialah Kaedah Sistem Lembut dalam Pendidikan. | | Makna | 15.03.2019 |
aSSALAAMUALAIKMUM Mohon semakan penggunaan dan ejaan perkataan berikut: 1.METOD atau METHOD (daripada perkataan methodology) 2. Jabatan Dokumentasi dan Method atau Jabatan Dokumentasi dan Metod | 1. Yang betul ialah metode atau istilah yang lebih mudah difahami umum ialah kaedah. 2. Yang betul ialah Jabatan Dokumentasi dan Metode | Ejaan | 21.08.2019 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkaedahan'? | Kamus Dewan memberikan makna kaedah sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa);manakala dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan padanan methodology ialah perkaedahan, metodologi: research ~, metodologi penyelidikan; new methodologies have been developed over the years, perkaedahan baharu telah dapat dihasilkan selepas beberapa tahun. Sila berikan konteks penggunaan entri ‘pengkaedahan’ dalam ayat supaya kami boleh memberikan makna. | Makna | 23.11.2014 |