Apakah definisi dan ciri-ciri buku mewah? | Buku mewah ialah padanan coffee table book dalam bahasa Melayu. Ciri utama buku mewah ialah dicetak dengan kulit keras. Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan kami mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan. | Istilah | 16.01.2013 |
Mendiami di TmanXXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukan selain semua itu? Betulkah struktur ayat ini? | Mendiami di TamanXXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukan selain semua itu? - dibetulkan menjadi - Mendiami Taman XXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukannya selain semua itu? | Tatabahasa | 25.06.2008 |
APAKAH ISTILAH YANG BETUL DIGUNAKAN DALAM BAHASA MELAYU UNTUK BUKU COFFE TABLE? ADAKAH BUKU MEWAH ATAU TERDAPAT ISTILAH YANG LAIN YANG TEPAT. TERDAPAT PIHAK YANG KATA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN ISTILAH BUKU MEWAH. TOLONG BERI PENJELASAN SECEPAT MUNGKIN. TERIMA KASIH | Istilah bahasa Melayu untuk "coffe table book" ialah buku mewah. | Istilah | 04.08.2016 |
Manakah yang betul? 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar..........( nian, sungguh) 2. Payung itu tersandar ( di, pada ) dinding. | 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar sungguh. 2. Payung itu tersandar pada dinding. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
1) Saya nak buat slogan untuk tema perkataan ini MENINGKATKAN OPTIMA TIDUR SEPERTI DI PENGINAPAN MEWAH 2) Adakah ayat betul tatabahasanya atau perlu ada pertukaran ? Terima kasih | Dicadangkan slogan tersebut ditukar kepada "MEMPEROLEH TIDUR YANG OPTIMUM SEPERTI DI PENGINAPAN MEWAH" | Tatabahasa | 23.04.2015 |
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami. | Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9. Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
adakah struktur ayat betul? Rumah kelab penduduk eksklusif dengan rekaan bergaya dan mewah, bukan sahaja menawarkan suasana selera untuk bersenam malah satu ruang demi menjalinkan hubungan mesra antara jiran. | Ayat tersebut tidak lengkap dengan keterangan atau maksud yang ingin disampaikan. Misalnya keterangan berkenaan 'ruang' yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Contohnya 'ruang kecil atau ruang keluarga'. Cadangan kami untuk ayat tersebut ialah 'Rumah kelab penduduk jenis esklusif bukan sahaja mewah malah mempunyai ruang yang sesuai untuk bersenam dan juga ruang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan mesra antara jiran'. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
apakah terjemahan bagi istilah 'fine-dining' dan 'fine-dining restaurant". Adakah 'makan beradab' dan 'restoran mewah' boleh digunakan? | Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dan fine-dining restaurant dalam sumber rujukan kami. Tidak ada terjemahan makan beradab ke bahasa Inggeris kerana makan beradab diketahui wujud dalam budaya Melayu dan lazimbnya bentuk-bentuk budaya ini dikekalkan penggunaannya. Satu contoh penggunaan restoran mewah yang terdapat dalam Kamus Inggeris Dewan ialah posh restaurant bukan fine-dining restaurant. | Istilah | 17.09.2010 |
contoh-contoh dialog mewah bahasa | Untuk makluman, ruangan tersebut diterbitkan oleh pihak Berita Harian Sdn. Bhd. Sila hubungi pihak Berita Harian untuk mendapatkan maklumat tersebut atau sdr. boleh mengunjungi laman sesawang Berita Harian iaitu www.bharian.com.my. | Lain-lain | 07.11.2010 |