Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.jar.kan] | مواجرکن

Definisi : menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.jar.kan] | مواجرکن

Definisi : menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mewajarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah kewajaran penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu?Bahasa sastera dapat dikaitkan dengan laras bahasa, iaitu seperti laras sains, teknologi maklumat, undang-undang dan sebagainya. Pengajaran bahasa Melayu pada umumnya mengajar tentang struktur pembentukan ayat secara gramatis, manakala dalam bahasa sastera terdapat elemen "poetic license" yang yang mewajarkan adanya penyimpangan dari segi morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa sastera terangkumnya elemen semantik dan semiotik dalam penghasilan karya. Penyimpangan tersebut tidak bermakna bercanggah dengan pembentukan ayatbahasa Melayu yang gramatis, malah elemen tersebut dapat menimbulkan nilai atau unsur keindahan dalam karya sastera.Penggunaan kosa kata yang tidak lazim, dialek, kata-kata klasik yang terakam dalam karya sastera dapat memperkaya kosa kata seseorang pelajar.Bahasa sastera juga dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui tentang kesantunan bahasa yang terdapat dalam karya sastera. Lain-lain15.01.2008

Kembali ke atas