https://www.bharian.com.my/node/278659 Merujuk pautan di atas, pada bulan Mei tahun 2017 yang lalu, Kerajaan Negeri Melaka telah mewartakan supaya ejaan Malacca dalam Bahasa Inggeris dimansuhkan. Walau bagaimanapun, saya gagal menjumpai sebarang kemas kini dalam arkib DBP. Adakah pemansuhan ini masih berkuatkuasa, atau telah diterima sepenuhnya? | Untuk makluman, DBP tidak pernah menggunakan ejaan Malacca bagi menggantikan ejaan Melaka. Kami hanya menggunakan ejaan Melaka sahaja. | Ejaan | 26.08.2019 |
1. Apakah istilah B.Melayu sesuai digunakan untuk menterjemah m-learning (mobile learning) bolehkah digunakan m-pembelajaran? 2. Nyatakan istilah dan ejaan yang betul bagi istilah mobile dalam B. Melayu. Amat sukar untuk menterjemahkan perkataan di atas, diharap pihak DBP dapat mewartakan istilah yang akan digunakan oleh para penyelidik dalam bidang berkaitan. Terima kasih. | Istilah m-learning (mobile learning) tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk kepada istilah yang seumpamanya seperti e-learning padanan dalam bahasa Melayu ialah e-pembelajaran, maka bagi istilah m-learning dalam bahasa Melayu ialah m-pembelajaran. Mobile dalam konteks ini bermasud mudah alih, atau makna lain bagi mobile ialah bimbit atau bergerak. Walau bagaimanapun jika konteks mobile learning sama dengan distant learning, maka padanan bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh. | Istilah | 25.12.2010 |
Reaksi DBP ttg persoalan - Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Aug 13th, 6:33pm Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. Terima kasih Soalan lanjutan : Chit Watt Aug 13th, 6:46pm Ya. Maka dari contoh Johor Bahru, ia telah menggunakan ejaan yang salah, benar? Kalau ya, ia harus dibetulkan untuk elak kekeliruan yang berpanjangan dan berterusan. | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. | Ejaan | 15.08.2014 |
salam,betulkah bahasa melayu baku johor riau telah digazetkan sbagai bahasa baku?jika benar,saya mahukan pihak DBP mengesahkannya.terima kasih | Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Tidak ada peristiwa mewartakan bahasa Melayu dialek Johor-Riau sebagai bahasa Melayu baku. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Bahasa Melayu dialek Johor-Riau menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard atau baku di Malaysia. | Lain-lain | 31.03.2011 |
Chit Watt Ooo...maknanya kalau Johor ia Dewan Bandar Raya Johor Bahru. Oppss..silap. Majlis Bandar Raya Johor Bahru. So salah ke ejaan selama ini? 1994 Itu tahun JB jadi Bandar Raya. Sebelum itu perbandaran | Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. | Ejaan | 11.08.2014 |