Manakah yang betul? 1) Antara langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum 2) Antara langkah-langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum | Ayat yang betul ialah "Antara langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum" | Tatabahasa | 20.07.2022 |
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Saya telah mewujudkan satu bilik yang diberi nama 'Bilik Algoritma Dokumentasi'. Bilik ini berfungsi untuk meletakkan dokumen2 pentadbiran, akademik yang sulit dan yg bukan sulit. Tujuan digunakan Algoritma adalah bersesuaian dengan susuan bilik dimana dokumen disusun mengikut kategori, yang perlu dilupus, Sulit, Soalan Peperiksaan yang telah tamat tempoh, Dokumen Semasa, Laporan2 Amali diasingkan yang perlu dilupus dan masih dalam perhatian. Mohon pandangan pihak yang lebih arif adakah sesuai penggunaan 'Algoritma' digunkana untuk Bilik Dokumentasi (Bilik Algoritma Dokumentasi). T.Kasih di atas makluman segera. | Nama yang dicadangkan ialah Bilik Dokumentasi. Berdasarkan maksud "algoritma" yang diberikan dalam pangkalan data istilah DBP dan Kamus Dewan Edisi Keempat, kami berpendapat perkataan "Algoritma" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, algoritma bermaksud 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer) 2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif. | Istilah | 05.08.2016 |
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009 | Dua perkataan tersebut berbeza maknanya: 1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki. Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan. 2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata. Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat. | Makna | 18.02.2009 |
1) Antara imbuhan "MEWUJUDKAN" dengan "MENGWUJUDKAN", mana satu yang betul? 2) Antara imbuhan "PEWUJUDAN" dengan "PENGWUJUDAN", mana satu yang betul? | Imbuhan yang betul: 1. MEWUJUDKAN 2. PEWUJUDAN | Tatabahasa | 28.11.2017 |
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan | 1. rendang ayam.
2. mewujudkan peluang pekerjaan. | Tatabahasa | 26.10.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas. | Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah: 1. Garis panduan ini adalah untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian .., 2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ... | Tatabahasa | 27.07.2017 |
Apakah maksud " perniagaan huluan dan perniagaan hiliran"? Contoh ayat: membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan dengan membangunkan perniagaan huluan dan perniagaan hiliran | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan "hiliran" bermaksud industri, projek, aktiviti dan sebagainya yang berkembang daripada kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan hiliran" merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain, contohnya pembuatan kereta telah mewujudkan perniagaan hiliran, iaitu servis dan penjualan kereta. Perkataan "huluan" pula bermaksud industri, projek dan sebagainya yang mula-mula diusahakan, dilaksanakan dan sebagainya sebelum sesuatu kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan huluan" merupakan perniagaan teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi. Perniagaan ini biasanya melibatkan aktiviti perniagaan yang berasaskan semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain. | Makna | 31.12.2021 |