Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mexico


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah bandar-bandar raya asing menggunakan perkataan bandaraya pada namanya? Contohnya, Bandaraya Mexico.Lazimnya dalam penulisan, nama bandar ditulis terus seperti ayat "bandar-bandar besar di dunia seperti New York, London dan Paris".Tatabahasa22.02.2015
i. Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah. ii. Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang. iii. Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu. iv.Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-baru ini Apakah kesalahan istilah atau kesalahan imbuhan di atas ?i. Rujuk perkataan diberi. Perkataan yang betul ialah diberikan.
ii. Rujuk perkataan mengata-ngata. Perkataan yang betul ialah menyebut-nyebut.
iii. Rujuk perkataan dinyatakan. Perkataan yang betul ialah diterangkan.
iv. Rujuk perkataan baru. Perkataan yang betul ialah baharu.

Tatabahasa16.01.2021
Salam diucapkan kepada pihak pentadbir DBP. Saya mahu minta cadangan mengenai padanan istilah untuk kata "synarchism" dalam bahasa Melayu. Adakah benar padanan sesuai yang dapat diberikan untuk perkataan tersebut ialah "Sinarkisme"? Menurut Wikipedia, Synarchism ialah: "Synarchism generally means "joint rule" or "harmonious rule". Beyond this general definition, both synarchism and synarchy have been used to denote rule by a secret elite in Vichy France, Italy, China, Hong Kong and Mexico."Cadangan padanan istilah bahasa Inggeris synarchism dalam bahasa Melayu ialah "sinarkisme". Pembentukan ini dibuat berdasarkan penyerapan daripada perkataan bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan.Istilah03.02.2021

Kembali ke atas