Kaka membelanjai adik makan (mi goreng) dan (cendol durian)di (Restoran Enak) Dalam ayat ini ada kesalahan tak? | Jawapan yang betul ialah, "Kakak membelanjai adik makan mi goreng dan cendol durian di Restoran Enak". | Lain-lain | 22.03.2022 |
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
Apakah perbezaan goreng pisang dan pisang goreng dari segi tatabahasa? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah pisang goreng (kerana yang diterangkan ialah pisang). Contoh lain ialah nasi goreng, mi goreng dan ikan goreng. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza? | Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
Salam, saya dapati ada sedikit percanggahan antara jawapan yang diberikan di dalam PRPM ini dengan penerangan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mi hailam ditulis mi Hailam dan bukannya mi hailam seperti yang pihak tuan jelaskan. Adakah ini bermakna terdapat ejaan baru yang tidak dikemas kini di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Dan bilakah edisi yang terkini dan terbaharu akan keluar jika begitu? Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat tiada entri untuk mi hailam tetapi ada entri mi iaitu sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat daripada tepung gandum). 2. masakan daripada mi; mi goreng, mi sup. "mi goreng" ada di dalam entri Dewan Bahasa Edisi Empat dan frasa ini sama konsep dengan "mi hailam" yang ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut? | Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng. | Tatabahasa | 07.05.2012 |
Betul atau salah penggunaan kata memasak dalam ayat-ayat berikut: Ayat 1: Ibu memasak ikan goreng di dapur. Ayat 2: Ibu memasak mi goreng di dapur. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga menggunakan ayat “Ibu menggoreng ikan di dapur” dan “Ibu menggoreng mi di dapur” sebagai altenatif. | Tatabahasa | 19.08.2023 |
Dalam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Salam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 24.07.2024 |