Apakah yang dimaksudkan dengan "Pengurusan Mikro"? | Tidak ada maklumat tentang dfinisi pengurusan mikro dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, pengajaran mikro dikaitkan dengan konsep pengajaran yang tertumpu kepada sesuatu skop kemahiran. Maka begitulah juga dengan konsep pengurusan mikro yang tertumpu kepada satu aspek pengurusan sahaja. Walau bagaimanpun untuk maklumat yang persis, sila rujuk buku pengurusan yang banyak di pasaran. | Makna | 26.08.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan "micromanaging, micromanager, micromanagement". Apakah perkataan untuk menterjemah ketiga-tiga perkataan tadi ke dalam bahasa Malaysia? Adakah "mikropengurus,mikropengurusan" atau "pengurusan mikro, pengurus mikro"? Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "micromanaging, micromanager dan micromanagement". Walau bagaimanapun, terdapat istilah seperti mikrokewangan, mikropemasaran dan mikroekonomi dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah mikropengurus dan mikropengurusan. | Istilah | 09.04.2013 |
APA ITU LINGUISTIK MIKRO SERTA BAHAN RUJUKAN YG BERKAITAN DARI DBP .TERIMA KASIH | Puan Fauziah, Linguistik mikro ialah cabang linguistik yang mengkaji sistem bahasa secara berasingan. Untuk maklumat lanjut puan perlu membuat rujukan dan kajian di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 30.03.2010 |
SAYA INGIN MENGETAHUI TERJEMAHAN PERKATAAN INI DALAM BAHASA MELAYU YANG TEPAT BAGI ISTILAH BIOLOGI MAKANAN. 1. CHEMOPORATION 2. MICRO-ENCAPSULATION 3. TAXONOMIC FAMILY 4. LIPOSOME FUSION SEKIAN, TERIMA KASIH. | 1. CHEMOPORATION - Tiada dalam rekod kami 2. MICRO-ENCAPSULATION - Pengkapsulan mikro 3. TAXONOMIC FAMILY - Keluarga taksonomi 4. LIPOSOME - Liposom | Makna | 19.06.2009 |
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal | 1.progresif = sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: 2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman. 3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: 4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. 6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu. Sila rujuk lama web http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi. 8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari mikro">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro 9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan. | Makna | 01.07.2013 |