Tuan Apakah terjemahan yang tepat untuk 'microwaveable shallow dish'? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "microwaveable shallow dish". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pinggan boleh masuk ketuhar mikrogelombang atau bekas boleh masuk ketuhar mikrogelombang. | Istilah | 06.01.2017 |
Macam mana nak terjamah perkataan-perkataan berikut: 1) Microwave 2) Wine Cellars / Wine Chiller 3) BBQs Sekian terima kasih. | Terjemahan bagi perkataan berikut ialah: Microwave - Mikrogelombang Wine Cellars / Wine Chiller - Bilik wain bawah tanah / Pendingin Wain BBQs - Barbeku atau BBQ | Istilah | 04.04.2017 |
Apakah terjemahan untuk "gadget"? Melalui carian, saya dapati gadjet diterjemahkan sebagai "alat", "peralatan". Tetapi istilah "gajet" sudah digunakan dengan meluas dalam akhbar dan banyak laman web. Bolehkah "gajet" ini digunakan secara rasmi dan didaftarkan dalam prpm/kamus. Istilah "alat" untuk "gadjet" mungkin kurang sesuai kerana "alat" digunakan juga utk equipmetn, tools, appliances dll. | Untuk makluman puan, perkataan gajet telahpun dirakamkan dalam kamus terbaharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Kamus Dewan Perdana (KDP). Berdasarkan KDP, gajet membawa maksud alat atau peralatan yang berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak dan kepuasan seseorang. Oleh itu, perkataan gajet boleh digunakan. Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi dan sekiranya sesuai dengan konteks ayat, kami mencadangkan penggunaan perkataan alat telekomunikasi yang membawa maksud alat sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit. | Makna | 21.07.2021 |