Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.or.ga.nis.ma] | ميکرواورݢانيسما

Definisi : (Bio) organisma halus (mis bakteria, virus, protozoa, dll) yg hanya dapat dilihat dgn mikroskop. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.or.ga.nis.ma] | ميکرواورݢانيسما

Definisi : ist organisma yg sangat kecil dan dpt dilihat hanya dgn menggunakan mikroskop. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroorganisma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar."Tatabahasa30.12.2019
Salam sejahtera, soalan saya berkaitan dengan ejaan 'metabolisme' dan ' mikroorganisma'. Pelbagai rujukan telah dibuat tetapi saya tidak dapat menentukan ejaan yang tepat. Sila rujuk bahan yang saya lampirkan. terima kasih.Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma.Ejaan04.08.2013
Ejaan perkataan metabolisme/metabolisme: 1. Pada bahagian khidmat nasihat, terdapat jawapan: Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. 2. Tetapi pada bahgian kamus, hanya perkataan metabolisme yang mempunyai definisi dan bulan metabolisma. Mohon pencerahan.Terdapat kekeliruan maklumat dalam domain kamus DBP, maklumat berkenaan yang betul boleh diperoleh melalui carian metabolisma dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metabolisma&d=28648&#LIHATSINI. 
 
Istilah16.06.2020
Saya ingin bertanya mengenai perkataan Bakteria Acetobecter Xylinum. Penggunaan kata ini akan dilampirkan dalam produk makanan. Ingin bertanya bahawa Bakteria Acetobecter Xylinum dalam penggunaan adalah betul ke tidak? Terima Kasih.Padanan istilah acetobacter xylinum dalam bahasa Melayu ialah Acetobacter xylinum (italik). Berdasarkan penelitian kami, Acetobacter xylinum (italik) merupakan kata nama khas bagi mikroorganisma. Ejaannya perlu dikekalkan dalam bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan huruf condong.Istilah18.05.2018

Kembali ke atas