Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.li/] | ميليق

Definisi : 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung; memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; termilik menjadi milik; milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal saham; pemilikan perihal memiliki: ~ tanah; pemilik yg empunya, tuan punya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.li/] | ميليق

Definisi : kepunyaan; hak: Semua harta ini ~ nenek saya. ~ negara kepunyaan negara. memiliki 1 mempunyai: Ia ~ sebuah kereta Proton Saga. 2 mengambil sesuatu dan dijadikan milik. pemilikan perihal memiliki: Kerajaan mengharapkan ~ modal sebanyak 30% oleh kaum bumiputera dlm sektor perniagaan. pemilik tuan punya; yg empunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,

Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. 

Ejaan17.01.2011
Milik siapa buku ini? Milik siapakah buku ini? adakah kedua-dua ayat tersebut betul dari segi gramatisnya? terima kasih.Kedua-dua ayat, iaitu "Milik siapa buku ini?" dan "Milik siapakah buku ini?" adalah betul.Tatabahasa19.09.2012
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab.Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.Ejaan19.07.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya nak tanya apakah perbezaan bagi geran dan dana? Terima kasih.Salam,

Geran bermaksud surat hak atau tanda milik. Contoh surat hak milik tanah. Manakala dana pula kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan, atau pemberian, sedekah, derma dsb. 
Makna26.06.2015
1)hak milik 2)e-mel1)hak milik 2)e-melEjaan09.09.2011
Merujuk Tatabahasa Dewan m/s72, kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "kerusi malas" kerana akan mengubah maksud menjadi kerusi yang malas. Mengapa hak milik m/s73 menjadi kata majmuk berbentuk khusus sedangkan hak(membawa maksud milik dalam kamus dewan) dan boleh disisipkan kata hubung "dan" misalnya hak dan milik.Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep.  Tatabahasa15.03.2010
ejaan yang betul adakah pindahmilik atau pindah milik?Ejaan yang betul ialah pindah milik.Ejaan08.06.2016
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre: Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai PERODUA 2. Pusat Kenderaan Pra Milik PERODUA 3. Pusat Jualan Kenderaan Pra Milik PERODUA 4. Jualan Kenderaan Pra Milik PERODUA

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Jualan Kenderaan Terpakai.  Untuk pengesahan visual papan iklan ini,  sila hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa )



 

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Salam, Mohon semak ayat di BANNER bawah untuk iklan Yayasan Restu. "DAPATKAN AL QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai.Tatabahasa06.05.2015
1) adakah perkataan "hak milik" merupakan kata majmuk? sila berikan penjelasan... 2) adakah perkataan "selepas" merupakan kata tunggal?? apakah proses yang terjadi dalam perkataan "selepas", kerana kata dasarnya adalah "lepas"

Saudara Norliana,

i. Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep.  

ii. Kata selepas ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'.

 

Tatabahasa15.03.2010
12345678

Kembali ke atas