Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud bahasa jiwa bangsa

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Untuk mendapatkan keterangan lanjut, saudara digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Makna09.06.2009
Soalan saya, adakah dbp menyimpan tajuk-tajuk kajian yang pernah dibuat oleh sarjana tempatan atau luar terntang syiar bidasari. 2. Adakah syair milik masyarakat melayu tradisonal atau berasal dari arab 3. Bilakah asal kedatangan syair ke malaysia? 4. Adakah syair asal bidasari mempunyai nama pengarangnya yang asal

Untuk makluman saudara, Syair Bidasari telah dikaji secara mendalam oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1989.Beliau telah membuat perbandingan naskhah  lima versi Syair Bidasari. Disamping itu Prof.Madya Dr.Hashim Ismail seorang pensyarah dari Universiti Malaya  ada membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair yang diterbitkan oleh DBP pada tahun  2005.  Saudara juga boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut. Antara pegawai yang bertugas yang boleh dihubungi ialah Puan Kamariah Abu Samah ( 03-21481037) atau Puan Fatimah Zahrin( 03-21481044).

Istilah Syair sebenarnya berasal dari Arab atau Parsi tetapi bentuk syair yang wujud dalam kesusasteraan Melayu ialah ciptaan orang Melayu mengikut struktur bahasa Melayu dan cita rasa seni sastera Melayu.  Syair datang atau berkembang ke Malaysia atau ke alam Melayu khususnya sejak kedatangan agama Islam ke Melaka iaitu sekitar abad kelima belas. Syair Bidasari yang asal ( dalam bentuk manuskrip jawi) tidak tertera nama pengarangnya kerana pengarang syair tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai "fakir" sebagai tanda merendah diri.

Lain-lain21.07.2010
apa maksud peribahasa Bahasa jiwa bangsa? atau Bahasa menunjukkan bangsa.Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk makalah yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Makna17.01.2011

Kembali ke atas