saya ingin tanya tentang penggunaan ialah dan adalah bagi ayat berikut. mimi ialah seekor ikan. atau mimi adalah seekor ikan. ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah Mimi ialah seekor ikan. Kata pemeri 'ialah' digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dsbnya. | Tatabahasa | 30.04.2010 |
Ayat yang gramatis ialah "Adik/Mimi minum menggunakan straw". Binaan ayat perlu menggunakan kata kerja yang tepat dengan makna yang terkandung di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP Oleh itu, Adik/Mimi minum guna straw merupakan ayat yang tidak betul? Adik guna straw minumjuga tidak dapat diterima? Ayat ( Adik minum guna straw ) ini dijumpai di sebuah buku kerja : Belajar Menulis dan saya sendiri beranggapan ayat ( adik guna straw minum) adalah tepat. Harap mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai masalah tersebut supaya dapat mengajar murid-murid dengan betul. sekian, terima kasih. | Perkataan "menggunakan" lebih tepat kerana menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menggunakan didefinisikan sebagai mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya untuk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan: dia ~ kesempatan yang baik ini untuk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dengan ~ kuasa elektrik. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Salam sejahtera, A. Adik guna straw minum. B. Mimi minum guna straw. Antara dua ayat yang dikemukakan, di manakah satu ayat lebih tepat? Mengapa? Sekian, terima kasih. Guru Baharu Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 | Ayat yang gramatis ialah "Adik/Mimi minum menggunakan straw". Binaan ayat perlu menggunakan kata kerja yang tepat dengan makna yang terkandung di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |