Yang manakah jawapan yang paling tepat? a) 1 Mina bersamaan dengan 1, 500 Dolar b) 1 mina bersamaan dengan 1, 500 dolar | Jawapan yang betul ialah "1 mina bersamaan dengan 1,500 dolar". | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Assalamualaikum. Apakah maksud "mabit" (contoh: mabit di Mina) dan ejaan Jawinya? Terima kasih. | Mabit ialah bahasa Arab yang bermaksud bermalam, iaitu berada di bumi Mina sepanjang malam hingga pagi. | Makna | 09.05.2013 |
Tuan, a)Apakah jawapan paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah? 1.Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar _______ sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi. A. menggelupur B menggelegar C menggelepar D. menggeletik 2. Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan ________ keluarga mereka di kampung. A. perihal B perkara b) Apakah perbezaan penggunaan "perihal " dan "perkara"? Terima kasih. | Cadangan jawapan yang betul ialah: 1. .Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar menggeletik sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi. 2. Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan hal keluarga mereka di kampung. Untuk membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, tuan/puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Tatabahasa | 14.10.2020 |
Tuan/Puan, Tolong jelaskan perbezaan perkataan-perkataan berikut: melontar, melontarkan & melontari Harap boleh memberi contoh ayat untuk membezakan maksudnya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dengan banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokoknya ke tanah. | Makna | 06.03.2011 |