minat terhadap sejarah dan minat akan sejarah. Kata sendi nama yang mana betul? | Minat terhadap Sejarah. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan Tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 07.04.2009 |
MINAT DALAM BIDANG SASTERA,MACAM MANA UNTUK MENDALAMINYE? | Zulkarnain, Khidmat Nasihat DBP mencadangan saudara banyak membaca buku-buku sastera yang serius. | Lain-lain | 05.02.2009 |
bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu? | KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta. Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi. | Lain-lain | 14.06.2008 |
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor | Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama: 1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan 2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik 3. Karya mempunyai nilai-nilai murni 4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 02.07.2009 |
Assalammualaikum.....sy nk tanya...sy betul-betul minat dalam karya penulisan dan sekiranya sy ada masa free..sy pasti mengkarya sesuatu yang sy suka...jadi boleh sy tahu bagaimana untuk sy memperbaiki karya sy dan mengembangkan bakat sy itu....sy betul-betul minat sastera dan bahasanya sekali terlalu indah dan unuk... | 1. Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, sdr. perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya sdr. perlu menulis dan terus menulis. Saudara boleh menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat di Dewan Bahasa. Saudara juga boleh menyertai KEPEZI iaitu Kelab Penulis Zaharah Nawawi. | Sastera | 30.04.2011 |
Tuan, lihat ayat (1) di bawah dahulu. 1. Saya berharap agar / bahawa minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga saya. dalam ayat (1) yang saya berikan, kata hubung "agar" atau "bahawa" lebih sesuai dan tepat digunakan? | Ayat yang gramatis ialah Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga. | Tatabahasa | 29.12.2014 |
Tuan, saya minat menulis dan berkarya, bagaimana caranya untuk saya memulakan bidang menulis karya di Dewan Bahasa dan Pustaka? Apakah yang sesuai untuk saya? Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan novel dan jenis apakah yang sesuai? Dan adakah DBP juga menerima cerpen, sajak, puisi, cereka dan lain-lain karya? Terima Kasih. | Sdr. boleh menghantar karya berdasarkan kepada minat sdr. (sama ada puisi, cerpen, novel dan lain-lain) kepada pihak DBP untuk tujuan penerbitan. Karya kreatif (puisi, cerpen dan rencana dan lain-lain) boleh dihantar kepada editor majalah terbitan DBP. Alamat boleh dirujuk pada setiap majalah yang berkaitan. Bagi manuskrip novel, sdr. boleh menghantar teks tersebut berserta disket kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian. | Lain-lain | 12.01.2009 |
BAGAIMANAKAH JIKALAO SYARIKAT MINAT MEMOHON KELULUSAN DARI DEWAN BAHASA DAN PERPUSTAKA ? (IKLAN PAPAN DIDEPAN KEDAI) | Pihak syarikat boleh mendapatkan kelulusan daripada DBP sama ada dengan datang ke kaunter di tingkat 25, Bahagian Penguatkuasaan DBP (bawa dua salinan papan iklan) atau memohon secara dalam talian melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.02.2017 |
Pada marcapada ini, minat membaca dalam kalangan remaja semakin merosot. penggunaan "pada marcapada ini" sesuai dlm ayat ini? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, marcapada bermaksud dunia sekarang ini. Oleh itu, perkataan yang betul ialah pada marcapada dan tidak perlu ikuti dengan perkataan ini. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
1. Untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar, pihak sekolah mesti mengadakan Kempen Membaca. Soalan saya-Bolehkah mulakan ayat dengan kata sendi "untuk"? 2. banyak pelajar/ramai pelajar -manakah yang betul? 3. Kita mestilah menghormati guru dengan memberi sepenuh tumpuan ketika guru sedang mengajar. Soalan saya-bolehkah kata sendi "dengan" hadir di hadapan kata kerja? 4. Pakaian gadis itu sangat menjolok/mencolok mata. -mana yang betul? Terima kasih. | 1. Untuk pengetahuan saudara, kata sendi nama untuk boleh berada pada awal ayat. Contoh yang dikemukakan ialah ayat songsang iaitu dengan mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan; mendahului subjek. Contoh ayat songsang yang mudah ialah: Ayat biasa : Hadiah itu untuk ibu. Ayat songsang : Untuk ibu hadiah itu.2. Banyak pelajar/ramai pelajar, Kedua-duanya betul mengikut konteks. Perkataan banyak dan ramai berkongsi pada makna banyak tetapi tidak pada maknanya yang lain. Banyak merujuk kepada bilangan/jumlah tetapi ramai merujuk kepada situasi . 3. kata sendi dengan boleh hadir di hadapan kata kerja.4. Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). | Makna | 29.04.2011 |