Salam sejahtera. Saya pernah mengajukan pertanyaan terjemahan istilah seperti berikut dan padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah 'organisational mindfulness' - keprihatinan organisasi dan 'organisational awareness' - kesedaran organisasi. Namun, saya rasakan keprihatinan masih kurang menepati maksud 'mindfulness'. Oleh itu, saya ingin mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mindfulness' iaitu 'ketarasedar'. Mohon pencerahan. | Untuk istilah ketarasedar masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Terjemahan yang sesuai bagi mindfulness ialah keprihatinan yang digunakan dalam bidang psikologi. Setiap terjemahan merujuk kepada konsep dan bidang. Sekiranya puan/tuan mempunyai istilah yang ingin dicadangkan. Tuan/puan boleh melayari laman web kami melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ | Istilah | 14.12.2016 |
Saya ingin menggunakan perkataan mindfulness acceptance commitment-physical (MAC-P) untuk kajian phd saya. Ia adalah jelmaan daripada teori mindfulness acceptance commitment (MAC) yang diperkenalkan oleh Gardner & Moore (2006). Saya tidak pasti apakah perkataan Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk saya gantikan pada istilah MAC-P tersebut. Justeru membuatkan saya berfikir untuk mengekalkan sahaja terma Bahasa Inggeris tersebut. Adakah saya boleh mengekalkan sahaja nama inggeris tersebut dengan cara itallic? Sekiranya pihak DBP ada cadangan pada penamaan ini, tolonglah beri pendapat anda. Terima kasih. | Untuk makluman belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "mindfulness acceptance commitment-physical (MAC-P)' dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya dapat dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 13.04.2017 |
Apakah terjemahan tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'organisational mindfulness' dan 'organisational awareness' ? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: organisational mindfulness - keprihatinan organisasi organisational awareness - kesedaran organisasi | Istilah | 02.09.2016 |