| Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut. | Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan. | Makna | 02.11.2007 |
| minggu hadapan atau minggu depan? dan cara penggunaan dua perkataan ini. Terima kasih | Frasa "minggu hadapan" dan "minggu depan" membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa "minggu hadapan" lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. | Tatabahasa | 29.04.2022 |
| Beza antara hari minggu, hujung minggu dan hari mingguan | "Hari minggu" merujuk pada hari Ahad. Manakala, "hujung minggu" lazimnya merujuk pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, perkataan "hari mingguan" tiada dalam bahasa Melayu. | Makna | 10.10.2023 |
| Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih. | Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud: n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil. | Makna | 29.10.2014 |
| Frasa yang paling tepat: 1) Dua minggu berturut-turut 2) Dua minggu berturut 3) Dua minggu berturutan | Frasa yang paling tepat ialah Dua minggu berturut-turut | Tatabahasa | 09.02.2018 |
| Bagaimanakah pengiraan minggu dalam setiap bulan dinafikan? Contohnya: Februari 2013 Minggu pertama dalam setiap bulan, adakah ia mula dikira semasa minggu tersebut mengandungi 7 hari? Atau, ia dikira bermula pada 1 hb Februari? Minggu ketiga Februari adakah mula dikira dari 10hb hingga 16hb? Adakah pengiraan ini sah digunakan dalam sistem awam/kerajaan di dalam negeri? Ribuan terima kasih. | Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan berdasarkan satu haribulan jatuh pada hari apa dalam minggu berkenaan. Contohnya Sabtu minggu pertama bulan Februari 2013 jatuh pada 2 Februari 2013. | Lain-lain | 29.01.2013 |
| Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasih | Pandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad. | Lain-lain | 27.10.2009 |
| ( Pada minggu lalu,Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung) Adakah perkataan minggu boleh dikira sebagai kata nama am? | Kata 'minggu' dalam ayat 'Pada minggu lalu, Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.' tergolong sebagai kata nama am. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
| Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |
| Assalamualaikum. Boleh saya tahu adakah betul jika hari ini Ahad, 26.3.2023, dan saya merujuk kepada Isnin, 27.3.2023 (esok) sebagai minggu depan/hadapan? Adakah jarak masa yang dekat antara Ahad dan Isnin menjadikan frasa "minggu depan" membawa maksud minggu seterusnya (3.4.2023 - 9.4.2023)? Terima kasih. | Apabila merujuk mingguan, setiap tujuh hari genap seminggu dan tujuh hari berikutnya ialah minggu seterusnya. Dalam konteks kiraan mingguan ini, hari terakhir minggu pertama dan hari pertama minggu seterusnya ialah minggu yang berbeza, walaupun selang masa hanya 24 jam. | Lain-lain | 27.03.2023 |