Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minit (kata nama)
Bersinonim dengan enam puluh saat, 1/60 jam.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih.Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas.Lain-lain14.03.2012
Tuan, Terdapat banyak format penulisan minit mesyuarat yang digunakan. Adakah DBP mempunyai contoh format yang standard untuk digunakan? Jika ada boleh berikan contoh minit mesyuarat tersebut atau mohon penjelasan tentang penulisan minit mesyuarat yang baik dan standard. Terima kasih.Dalam penulisan minit mesyuarat, DBP menggunakan dua format biasa, iaitu yang menggunakan format kotak (Bilangan, Perkara / Keputusan, Tindakan) ataupun  format biasa (tanpa kotak). Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini.Lain-lain08.07.2008
1. Dalam menulis minit mesyuarat rasmi, bahagian TINDAKAN ditulis disebelah kanan atau kiri? 2. Tolong emelkan kpd saya contoh minit mesyuarat yang terkini

Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Contoh minit mesyuarat akan dihantar dalam tempoh terdekat.

 

Lain-lain18.01.2010
Assalamualaikum 1. Dalam minit mesyuarat ada agenda Perutusan Pengerusi. Dalam penulisan minit mesyuarat lazimnya bahagian Perutusan Pengerusi, kandungan perutusan apabila merujuk pengerusi yang ada gelaran Dato' dan sebagainya dicatatkan sebagai YBhg. Pengerusi. Adakah amalan ini betul dari segi penulisan minit mesyuarat? 2. Jika amalan itu boleh diterima, bagaimanakah jika Pengerusi mempunyai status PhD.... Bolehkah dicatat YBhg. Dr. Pengerusi? 3. Bolehkah dicatat YBrs. Dr dengan anggapan bahawa YBrs. bermaksud Yang Berusaha. Terima kasih.Lazimnya dalam penulisan minit mesyuarat, gelaran yang digunakan ialah Pengerusi walau apapun anugerah yang diterima dan status individu tersebut.Tatabahasa23.01.2017
Gelaran di dalam Minit Mesyuarat Adakah boleh menggunakan gelaran Yang Berusaha En Irfhan bin Azman di dalam minit mesyuarat?Selamat pagi.
Tuan boleh menggunakan perkataan Yang Berusaha dalam minit mesyuarat. Sekian, terima kasih.
Lain-lain06.06.2016
Ingin tahu perlukah minit mesyuarat itu ditandatangani oleh pencatat atau tulis nama pencatat sahaja .Pada bahagian akhir/penutup minit mesyuarat dicadangkan untuk diletakkan nama penuh pencatat, jawatan dan tarikh diikuti dengan penyemak dan pengesah minit mesyuarat. Contoh:


Disediakan oleh: 

  tandatangan
.......................
(NAMA PENUH PENCATAT)
Jawatan
Tarikh
Lain-lain22.02.2024
Assalamualaiikum! 1. Dalam penulisan minit mesyuarat, TINDAKAN patut ditulis di bahagian mana (ada yang tulius di kiri / kanan di bawah pernyataan dan ada yang tulis di dalam petak sebelah kanan . mana satukah yang betul? 2. Pohon diberikan contoh format penulisan minit mesyuarat yang betul

1. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh  institusi atau organisasi masing-masing.  Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan.

2. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk tujuan tersebut.

Lain-lain12.05.2010
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penulisan minit mesyuarat. 1. Dalam bahagian "Pengesahan minit mesyuarat yang lepas" perlu tulis "Minit dicadang oleh Ali dan disahkan oleh Abu?" 2. Bahagian tandatangan: i. mesti ada 3 iaitu disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh? ii. disemak oleh siapa? "disahkan oleh siapa" iii. Adakah tiga bahagian ini ditandatangan sekaligus pada tarikh yang sama selepas minit ditulis? iv. ATAU minit "disahkan oleh ketua jabatan"selepas dalam mesyuarat yang seterusnya? Maaf soalan saya banyak. Saya amat keliru semasa diminta oleh organisasi untuk menentukan format minit untuk organisasi saya. Jadi, mohon jasa baik pihak DBP untuk memberi tunjuk ajar.DBP mengguna pakai format seperti yang berikut:
(1) Nama pencadang dan disahkan tidak dicatatkan di dalam minit mesyuarat. Sebaliknya, dalam minit mesyuarat ditulis “Pengerusi mengesahkan minit mesyuarat Bil.1/2019 tanpa sebarang pindaan’(dalam keadaan minit tiada pindaan).
(2) Bahagian tandatangan hanya ada dua, iaitu: Disediakan oleh:  (Setiausaha) dan Disahkan oleh:  (Pengerusi)
(3) Terdapat minit mesyuarat yang tidak mempunyai ruangan tandatangan individu, iaitu dalam keadaan minit disediakan oleh jabatan yang bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa.
Untuk makluman, format penulisan minit mesyuarat yang dinyatakan di atas merupakan format yang diguna pakai di DBP, dan mungkin berbeza daripada format yang digunakan di MAMPU/JPA.
Lain-lain05.01.2019
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT Sebelum ini saya pernah mengemukan pertanyaan mengenai minit mesyuarat yang telah dibubarkan kerana jawatankuasa tersebut ditubuhkan HANYA untuk mengendalikan satu aktiviti sahaja iaitu Qurban Perdana 2015. Dan jawatankuasa lain akan ditubuhkan pada tahun 2016 dan dikendalikan oleh jabatan lain. Soalan : Adakah dibolehkan Pengerusi menandatangai minit mesyuarat memandangkan jawatankuasa terdahulu telah dibubarkan. ATAU Pengerusi akan menandatangani minit mesyuarat untuk pengesahan apabila Jawatan kuasa baharu ditubuhkan dan dikendalikan oleh jabatan lain. Mohon pencerahan. Sekian. Terima kasih.Merujuk amalan dalam organisasi kami, minit mesyuarat ditandatangani oleh pengerusi setelah dibincangkan dalam mesyuarat. Dalam hal ini, minit mesyuarat mengandungi kata alu-aluan, perbincangan, perkara berbangkit, pengesahan minit dan hal-hal lain. Setiap item ini akan diteliti satu demi satu dan akhirnya barlah ditandatangani oleh pengerusi. Justeru, pengerusi mesyuarat pada ketika itulah yang akan menandatangani minit tersebut, walaupun berkemungkinan pengerusi mesyuarat terakhir bukanlah pengerusi dalam mesyuarat sebelumnya.Tatabahasa12.10.2015
bagaimana menulis nota perbincangan? bezanya dengan minit mesyuarat? t,kasihNota perbincangan boleh ditulis mengikut format minit mesyuarat sekiranya perbincangan yang diadakan itu merupakan perbincangan rasmi yang memerlukan tindakan atau terdapat perkara-perkara untuk makluman dan perhatian pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut.  Oleh yang demikian berdasarkan hal ini tidak ada perbezaan anatara minit mesyuarat dan catatan perbincangan.  Lain-lain18.01.2008
12345678910...

Kembali ke atas