Salam sejahtera, 1) Apakah kelas kata untuk perkataan 'minoriti'? Adjektif atau kata nama, atau boleh kedua-duanya? 2) Apakah kelas kata untuk 'minoriti' dalam frasa berikut: a) sekumpulan kecil minoriti yang ganas; b) pemegang saham minoriti di India dan China; dan c) mereka merupakan golongan minoriti di negara tersebut. Terima kasih. | 1. Minoriti ialah kata nama 2. Jawapan untuk soalan a, b, c ialah minoriti merupakan kata nama. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Apa terjemahan "little" dalam contoh seperti "Little China" atau "Little India" yang merujuk kepada komuniti minoriti di satu kawasan asing? | 1. Kami mencadangkan padanan terjemahan “pekan” untuk “little”. 2. Penggunaan “little” tidak terhad kepada komuniti minoriti di kawasan asing sahaja. | Istilah | 06.05.2023 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik. | Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tap | Kami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 26.04.2017 |