Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih.

Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa09.10.2023
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Saya minta maaf dengan cikgu. Saya merasakan ayat ini salah kerana kata sendi nama "dengan" digunakan. Berdasarkan maksud pertama "dengan", "dengan" bermaksud bersama-sama. Jadi, seluruh ayat (1) bermaksud saya minta maaf terhadap seseorang bersama-sama cikgu. "Seseorang" itu tidak dinyatakan. "Cikgu" menjadi teman "saya" minta maaf. Ayat ini salah, kerana "cikgu" bukan teman saya minta maaf, tetapi sasaran saya melakukan perbuatan "minta maaf". Oleh itu, untuk menyatakan sasaran manusia, kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" lebih tepat. Ayat (1) patut dibetulkan menjadi: 2. Saya minta maaf kepada cikgu. ATAU 3. Saya minta maaf terhadap cikgu. Tetapi, saya ada satu soalan lagi. Bukankah "maaf" itu datang daripada "cikgu"? Jadi, "cikgu" ialah sumber "maaf". Sekarang, saya minta "maaf" daripada "cikgu", jadi, maaf itu datang daripada cikgu. Sekiranya anggapan ini betul, patutkah kata sendi nama "daripada" digunakan? Ayat berbentuk begini: 4. Saya minta maaf daripada cikgu. Antara beberapa ayat, ayat yang manakah paling jitu (tepat)?Ayat yang gramatis ialah "Saya minta maaf kepada cikgu" kerana cikgu menjadi sasaran selepas kata sendi nama kepada. Ayat "Saya minta maaf dengan cikgu" lazimnya digunakan dalam percakapan.

 
Tatabahasa31.01.2015
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk kita meminta sesuatu melalui persuratan. DIMOHON atau DIPOHONMakna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";
Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 
Tatabahasa21.10.2014
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai?

Saudara,

Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

Makna01.12.2009
Soalan 1 Minta pandangan tentang ayat arahan berikut: a. Baca tentang pekerjaan yang ingin dilakukan oleh Hana dan rakan-rakannya. Soalan 2 minta tolong semak penggunaan 'atau' Perkataan seerti bagi 'happy' ialah gembira atau riang. atau kita boleh juga letak seperti gembira/riang. Terima kasih.
1. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan sepertti bacakan dan jelaskan. Sila kenal pasti ayat tersebut sama ada menyuruh pembaca membaca atau menjelaskan tentang pekerjaan tersebut. 
2. Kata atau digunakan apabila menyatakan perkara yang menjadi pilihan seperti A atau B. Apabila menulis ayat seelok-eloknya menggunakan perkataan yang sempurna, ...riang atau gembira. 

Tatabahasa30.04.2014
Cikgu, ayat di bawah kata kerjanya perlu mempunyai imbuhan atau tidak? 1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu. 2. Harap saudara dapat pelajari sesuatu yang baharu. Ayat ini pula? 1. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak menimbulkan masalah. 2. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak timbulkan masalah. (Kedua-dua kata kerja tidak perlu berimbuhan atas syarat ayat permintaan, atau satu tidak perlu berimbuhan dan satu lagi perlu berimbuhan?) Sama dengan ayat di bawah ini. 1. Minta saudara buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. 2. Minta saudara buang sampah ini untuk elakkan pencemaran udara. (Bentuk ayat 1: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, manakala kata kerja kedua iaitu "elak" harus berimbuhan. Bentuk ayat 2: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, kata kerja kedua iaitu "elak" juga tidak perlu berimbuhan.) Saya keliru. Tolong tuan bantu saya.1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu.
2. Tuan diminta menjelaskan wang bayaran supaya tidak menimbulkan masalah.
3. Buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. (ayat ini tidak gramatis - buang sampah dan pencemaran udara)
Untuk membuat binaan ayat yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa11.05.2014
Anak saya baru masuk tingkatan 1, minta tolong nasihatkan majalah apakah yang paling sesuia untuk memastikan peningkatan bahasa melayuPihak kami mencadangkan supaya anak puan membaca majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain12.01.2017
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1.  bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut.  

Istilah03.12.2010
1.Apakah cara membezakan kata perintah " sila" dan "minta'? 2. ( Sila , Minta ) membawa kad pengenalan kamu ? Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Terima kasih..

1. Sila bermaksud meminta (menyuruh, mengajak dsb) dengan hormat, manakala minta bermaksud lebih umum, iaitu memohon (untuk mendapat sesuatu).

2. Lazimnya diungkapkan "sila bawa kad pengenalan kamu" atau  "minta kad pengenalan kamu". 

Tatabahasa11.06.2010
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih.Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir.Lain-lain13.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas