Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta/] | مينتق

Definisi : bp minta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.ta/] | مينتق

Definisi : Ar ikat pinggang, bengkung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mintak

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mintak jasa baik tuan untuk pengesahan papan kenyataan kami untuk Syarikat Honda Malaysia Sdn Bhd.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain06.11.2015
Slm, Mintak tuan/puan semaka ayat di bawah. Kakak gembira cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai./Kakak gembira dapat mencapai cita-citanya untuk bergelar doktor. tqAyat yang gramatis ialah "Kakak gembira cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai".Tatabahasa01.09.2015
saye nak mintak tolong tukarkn asay sye kpada bahase inggeris.boleh? *membantu pelajar menyiapkan diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang berbeza dengan alam perkejaan. *membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang disusuli dengan pelbagai peraturan yang perlu di patuhi. *pelajar juga dapat menilai kemampuan diri semasa menjalani latihan industri ini. *membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan serta dapat mempraktikan segala teori yang telah dipelajari kepada alam pekerjaan yang sebenar. *membantu pelajar mempelajari bagaimana cara untuk bergaul dan berkomunikasi sesama pekerja yang terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa. *dapat menimbulkan sikap berani dan yakin terhadap keupayaan diri sendiri.Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah teks dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Sila berhubung dengan Instutut Terjemahan Negara Malaysia, 03-41497210.Lain-lain27.11.2007
assalamualaikum sy ingin mintak izin untuk menterjemahkan buku Biografi Sayiid Qutb ke bahasa Thai..izinkah atau tidak...Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2015
adakah pengguna bahasa saya di bawah ini benar? Mintak jasa baik tuan puan untuk memeriksa dan memperbetulkannya. Sekian. Tuan/Puan, Berkenaan perkara diatas, saya meminta jasa baik Tuan / Puan untuk memeriksa penggunaan bahasa saya di atas baner yang akan saya hantarkan kepada dewan bahasa untuk mendapatkan sijil. Ayat di atas baner tersebut adalah seperti berikut:- Pilihan=Dorsett 50% untuk tempahan bilik ke-2 Tempahan & Tempoh Penginapan: 1 Julai sehingga 30 September 2015 Pekej mengikut Terma & Syarat memohon Ayuh! Nikmati Raja Buah 8 & 9 Ogos 2015 12tgh – 4ptg RM60.00+ Dewasa RM30.00+ Kanak-Kanak Diskaun 25% untuk bilikSila kemukakan permohonan tuan berserta visual melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa06.07.2015
Salam satu Malaysia, Saya perlu buat papan iklan untuk premis saya. Saya mintak pihak tuan betulkan dan disahkan perkataan berikut: PENGEDAR SERBUK KOPI DAN TEH. Pihak MPJBT perlukan pegesaan dari pihak tuan Terima kasihUntuk pengesahan bahasa, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan.Lain-lain12.09.2013
Soalan sains tahun 2 Bagi saya...rupa dan paras = bentuk badan adalah salah satu ciri Mintak pencerahan..Soalan ini mungkin disediakan berdasarkan silibus untuk subjek sains tahun dua. Kami mencadangkan tuan/puan bertanya dengan guru berkenaan untuk penjelasan lanjut.Lain-lain07.06.2018
Assalamualaikum, nak tanya mcm mana nak daftar papan iklan untuk kedai saya. Saya dah masuk ke web tapi dia mintak no id dan pasword.. Saya keliru sbb saya tak ada semua tu.. Terima kasih

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200.
Lain-lain05.08.2020
Suhaily Suhana MON 11:02AM Assalamualaikum saya berminat mencari buku ini namun byk laman sesawang koop dan dbp telah kehabisan stok boleh mintak tolong dapatkan buku ini x tqSila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain25.07.2016
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin bertanyakan soalan mengenai jenis fon (font type) untuk tulisan Jawi yang digunakan oleh pihak DBP, supaya dapat mengikut keperluan DBP. Mintak penjelasan dari pihak anda. Terima KasihWaalaikumussalam...
Fon yang digunakan oleh pihak DBP ialah menggunakn fon Adobe Arabic.
Lain-lain03.10.2018

Kembali ke atas