Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nus] | مينوس

Definisi : 1. kurang, dikurangi; daerah ~ Id daerah yg kurang menghasilkan bahan makanannya; 2. tolak; tanda ~ tanda tolak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang tepat bagi menerangkan suhu di bawah sifar dalam unit celcius? minus 30 Negatif 30?Salam sejahtera,

Padanan bagi suhu di bawah sifar ialah negatif.

Sekian, terima kasih.
Istilah25.10.2017
Dalam ayat di bawah, selepas tanda sempang (-), huruf berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil? Prasarana dan Fasiliti yang Berkualiti - Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT, menjadi tarikan kepada penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike.

Selepas tanda pisah (−), perkataan berikutnya dimulakan dengan huruf kecil kecuali kata nama khas. Contoh seperti yang berikut:

                 i.       Prasarana dan kemudahan yang berkualiti − Stadium Sultan Ibrahim, yang dimiliki oleh JDT menjadi tarikan kepada 
        penaja antarabangsa seperti Unifi dan Nike.

                ii.       Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan kepada dirinya − sedih, gembira, marah dan kesal.

Tatabahasa01.02.2025

Kembali ke atas