Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minyak;

Puisi
 

Lumur minyak di kepala botak,
     Lagi baik minyak bijan;
Manakah gading yang tidak retak,
     Di manakah bumi tak timpa hujan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Rasam air ke air,
     rasam minyak ke minyak.

Bermaksud :

Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon betulkan ayat di bawah. 1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula
Jawapan:
1. Membuat garisan trek di padang.
2. Minyak hitam kitar semula.
Tatabahasa04.09.2014
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ?1. minyak diesel

2. walau bagaimanapun

3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance".
Ejaan12.02.2015
Salam, Apakah istilah yang betul? 'Minyak sawit tepu' atau 'Minyak tepu sawit' (digunakan dalam industri sawit)? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "minyak sawit tepu".Tatabahasa02.09.2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apakah nama jawatan bagi pekerja di stesen minyak yang membantu mengisi minyak. Adakah atendan pam, atau kelindan? Terima kasihUntuk makluman, jawatan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, frasa yang paling hampir  ialah pembantu pam minyak.Lain-lain19.01.2017
Menurut kamus DBP, Essential Oil bermaksud minyak pati. Adakah menjadi kesalahan sekiranya Essential Oil diterjemahkan sebagai 'Minyak Esensial'?. Idea ini diperolehi daripada istilah MABBIM.Seperti yang tuan ketahui, essential oil diterjemahkan kepada minyak pati, maka penggunaan selain minyak pati dianggap tidak betul.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2015
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
International Palm-Oil Congress (PIPOC 2007) Palm Oil Empowering ChangeKongress Minyak Sawit Antarabangsa Minyak Sawit : Pencetus Pembakar - makna empowering - memberi kuasa memberi daya.Lain-lain19.04.2007
pengertian 1. mempelbagaikan ekonomi? 2. minyak dan gas? 3.ekonomi minyak dan gasSelamat pagi:

 Mempelbagaikan ekonomi bermaksud perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain. Minyak dan gas merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara Malaysia.
 
Lain-lain23.09.2016
Nama-nama syarikat minyak seperti 1. ESSO 2. PETRONAS 3. CALTEX 4. MOBILE 5. SHELL perlukah ditulis dengan huruf besar sekiranya dalam ayat. contoh: "... syarikat minyak terkemuka iaitu ESSO, PETRONAS, CALTEX, MOBILE, dan SHELL ..." mohon pencerahan.. 
Nama stesen minyak merupakan kata nama khas. Ejaan yang standard bergantung pada nama yang berdaftar.
Ejaan23.03.2017
Bolehkah peribahasa bagai menatang minyak yang penuh digunakan dalam karangan jenis autobiografi. Misalnya, Aku sepasang kasut. Contoh ayatnya. Tuan aku selalu menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Terima kasih.Penggunaan peribahasa dalam ayat "Tuan aku selalu menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh" adalah betul. Tidaklah menjadi suatu kesalahan menggunakan peribahasa dalam penulisan asalkan disesuaikan dengan maknanya dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa10.08.2011
123456789

Kembali ke atas