Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : minyak utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah betul? Sekiranya ayat tersebut betul atau salah saya minta tuan terangkan sebab ayat : i. Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali. ii. Lampu pelita minyak tanah itu tertutup apabila ditiup angin.

i. Ayat "Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali" betul kerana kata penguat bebas, iaitu amat,sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan.

ii. Ayat yang betul " Pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin"

Tatabahasa08.08.2011
Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini diinspirasikan oleh idea bahawa rutin harian menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya berjalan lancar, memberikan rasa puas hati apabila pengguna menemui kemudahan yang tidak dijangka. PETRONAS menyediakan pelbagai kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terhad kepada isi minyak, tetapi juga merangkumi makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan itu, kami merancang untuk menggunakan permainan kata berasaskan “isi” dalam gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hati pengguna. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Isi Minyak, Isi Perut, Isi Masa, Isi Kuasa, Isi Ganjaran, Isi Bakul, Isi Pikap, Isi Tenaga, Isi Angin, Ini Baru Mesra, Isi Semua SekaliFrasa yang diberikan sesuai dan boleh digunakan, kecuali Isi Pikap ditukarkan kepada Isi Tangki dan Isi Semua Sekali, Ini Baru Mesra ditukarkan kepada Isi Semua Sekali, Barulah Mesra!Tatabahasa24.10.2025
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?)1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepatTatabahasa27.08.2007

Kembali ke atas